Assalamulaikum wbt dan Salam sejahtera,

Semenjak di bangku sekolah menengah lagi saya sudah menanam cita2 utk menjadi seorang engineer. Tanggapan saya ketika itu, kerjaya inilah yang akan memberikan saya kesenangan dan kemewahan hidup…malah tidak pernah terdetik pun di benak saya utk menceburi bidang perniagaan.

Saya tetap meneruskan impian saya utk menjadi seorang engineer walaupun begitu byk ranjau saya tempuhi ketika melanjutkan pelajaran ke universiti. Jika dikenangkan kembali, selama 13thn saya berusaha menamatkan pelajaran saya akhirnya tercapai dgn mendapat degree dlm Chemical Engineering.

Kegembiraan menapakkan kaki ke alam industri sebagai seorang jurutera tidak seindah perjalanan hidup pekerjaan 6 bulan berikutnya. Keceriaan saya semakin hari semakin pudar…saya tak sanggup lagi dipasung dgn masa bekerja yang dikawal oleh mesin punch (thumb print); terasa seperti hamster adik saya yg sedang berlari dlm roda pusingan…laju ke slow ke dia tetap lari dlm roda tuh jugak. Klu ikutkan si hamster tuh mesti dia ingat dia dh lari sampai Beijing tapi sebenanya dia STATIK! Pernah satu ketika tuh saya hampir accident sebab nk mengejarkan punchcard tuh…pagi2 buta pulak tuh…6.30 pg…lalu terdetik di hati “Aku tidak lagi boleh begini…teringat terus lagu Silaturrahim BPR..SAMPAI BILA..3X? BEGINIII….”.

Saya mula berminat utk menceburi bidang Unit Amanah setelah melihatkan kehidupan mereka yg menceburi bidang perniagaan Unit Amanah. RUPANYA SEGALA KEINGINAN YANG TIDAK SAYA PEROLEHI KETIKA MAKAN GAJI SEMUANYA TERDAPAT DI SINI! Setelah mendaftarkan diri utk menjadi agen, saya bertekad utk menjadi Perunding Unit Amanah yg professional. Maka setiap waktu terluang saya akan mempelajari selok-belok perniagaan Unit amanah ini dgn menghadiri kursus-kursus yg ditawarkan oleh syarikat dan juga belajar dr mentor-mentor saya dalam industri ini.

Dua cara utk berjaya adalah belajar dr kesilapan yg kita lakukan dan belajar dr mereka yg telah berjaya. Setiap nasihat dan tunjuk ajar mereka saya catit dlm buku nota sehinggalah saya mengambil keputusan utk FOCUS dlm bidang ini kerana bilangan pelabur yg kian bertambah dari hari ke hari.

Dalam kerjaya yg professional ini barulah saya dapat merasa impian saya yg tidak mungkin akan dikecapi jika masih makan gaji iaitu TIME FREEDOM dan FINANCIALLY FREEDOM. Terima kasih diucapkan kpd En Shukor; di atas segala ilmu dan peluang kerjaya yg  beliau offer pd saya…hanya Allah shj yg dapat membalas segala jasa beliau selama ini.

Perancangan Kerjaya

Selama 7 bulan sy melakukan perniagaan ini…ternyata usaha dan komitmen saya telah berhasil di mana saya telah Berjaya menjadi Agensi Supervisor pd bulan Februari 2008; dan sehingga kini telah pun mempunyai 26 org agent di seluruh Malaysia. Insyaallah, sy akan maju terus ke hadapan utk menjadi seorang Agensi Manager pd 2011…seterusnya mencapai peringkat tertinggi Group Agensi Manager pada 2013. Sy akan tersenyum sendiri memikirkan bagaimanakah kedudukan dan kehidupan saya sekarang jika masih bekerja di kilang…mungkin masa utk bermesra dgn anak pun terpaksa apply cuti.

Pedoman utk Anda di luar sana

Renungkanlah kehidupan dan kedudukan anda sekarang…adakah berbaloi usaha anda selama ini? Berapa lama telah anda korbankan waktu bersama isteri dan anak2? Kenapa setelah 10, 20 malah 30 thn bekerja masih lagi berada dlm “Roda Pusingan” yg statik?…seperti peribahasa Cina ‘Bulan belum habis tapi Bulan-bulan sudah habis!’. Sanggupkah anda merubah kehidupan anda jika inilah jalan kehidupan sebenar yg selama ini anda idamkan? Alhamdulilah…saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah dipertemukan jalan kehidupan sebenar di seawal waktu umur saya…namun bg anda juga belum terlambat kerana anda telah dipertemukan dgn kami yang sentiasa mengalu2kan kedatangan anda dlm industri Unit Amanah ini!!

Salam Kejayaan,

Zulkhairie Khodir

Perunding Unit Amanah

Johor Bahru.