Tentu bg umat Islam pernah mendengar hadith Nabi SAW yg lebih kurang berbunyi “99% dr sumber rezeki yg diperolehi di dunia ini adalah melalui perniagaan”. Kenapa begitu? Bukanlah tujuan sy utk mempertikaikan malah sy sgt bersetuju dan sgt2 mengakui bahawa perniagaanlah yg boleh membuka peluang rezeki menjadi luas dan tiada batasan.Ini tidak bermaksud yg kita semua harus menjadi ahli perniagaan sepenuh masa tetapi kita semua harus mempunyai perniagaan utk mendapat lebihan rezeki.
Ada hikmahnya Nabi SAW berkata begitu; sedangkan Beliau sentiasa berkata benar. Drpd pengalaman sy sendiri, bisnes akan mendekatkan diri kita kpd Allah SWT…bisnes akan mendidik kita supaya sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakkal (yakin). Ia juga mendidik diri kita supaya bersabar. Dan apabila hajat bisnes kita telah dikabulkan, maka hendaklah kita bersyukur dgn nikmat yg diberikan dan itulah yg akan menjadikan kita semakin hampir kepadaNya. Dalam Al-Quran telah tercatat firman Allah “Barangsiapa yg bersyukur kepada-Ku nescaya akan Ku tambahkan rezekinya”. Begitulah sebaliknya, jika kita lalai dan lupa akan nikmat yg telah diberikan, maka pasti Allah akan menarik rezekiNya kembali sbg tarbiah (pengajaran) kpd kita agar melihat kembali siapa diri kita sebenarnya.
Konsep Rezeki
Jika anda pernah menghadiri mana2 kursus motivasi atau self-help training utk meningkatkan prestasi jualan; pasti akan ada point yg menyatakan bhw kita haruslah YAKIN DIRI utk berjumpa dgn org ramai dan kita haruslah BERSABAR jika kita tidak berjaya mencapai hajat diri. Apa yg mahu sy kongsikan ialah pemikiran setiap org yg berniaga terhadap rezeki masing2. InsyaAllah jika kita berpegang kpd konsep rezeki ini, kita tidak akan mudah putus asa malah tidak akan timbul hasad dengki dlm diri terhadap kejayaan org lain.(Bukan skeptikal tetapi kebanyakan Melayu mudah iri hati thdp kejayaan sebangsanya sehingga menimbulkan hasad dengki..).
Rezeki datang dr Allah melalui 2 cara. Pertamanya, Dia akan memberikan rezeki kita secara terus (direct). Ini bermaksud rezeki yg kita doakan itu akan dtg direct terus kpd kita. Sbg contoh, kita berhajatkan utk mendapat pelabur yg akan melabur RM1 juta sekaligus…rezekiNya kita akan menerima seorang pelabur yg dtg walk-in kpd kita; tidak kiralah samada usaha kita itu melalui jln sukar ataupun ia datang secara tidak disangka-sangka.
Keduanya, rezeki kita itu dikurniakan Allah melalui perantara. Rezeki kita itu telahpun tertulis berada pd perantara itu; hanya usaha kita yg diperlukan utk mencari perantara itu sehingga berjumpa. Kita mesti YAKIN rezeki kita itu ADA kerana kita sentiasa berdoa utk memilikinya. Dan janji Allah pd kita “Mintalah kpd Ku, nescaya akan Ku perkenankan”. Oleh itu carilah sehingga berjumpa, lama manapun tetap akan berjumpa asalkan kita BERSABAR dan terus-menerus berdoa agar dipermudahkan utk bertemu rezeki tersebut.
DugaanNya
Konsep pertama td pasti lebih besar dugaanNya…rezeki yg mudah diperoleh maka ujianNya adalah selepas kita memperoleh rezeki tersebut. Apakah kita akan menjadi manusia yg bersyukur dan semakin dekat kepadaNya? Atau adakah kita akan menjadi lalai dan lupa kpdNya krn berfikir “Alangkah mudahnya aku mendapat hajat ku ini”..? Adakah patut kita akan menjadi manusia yg riak dan takabur dgn rezeki yg diperoleh itu?
Konsep kedua pula, ujian diberi sebelum kita mendapat rezeki dr perantara yg dicari. SABAR dan TEKUN adalah kuncinya. Sepatutnya selepas melalui kesusahan, kita akan lebih bersyukur dan semakin hampir kepadaNya. Atau adakah kita akan menjadi lalai dan lupa kpdNya krn berfikir “Ini semua adalah hasil penat lelah ku selama ini”..? Riak akan menyerang diri.
Memberi
Bila kita sudah berjaya mendapat hajat yg diingini, jgn lupa utk memberi pula. Sepatutnya, kita akan menjadi
perantara kpd org lain yg mencari rezeki. Dgn itu konsep rezeki ini akan berpusing dan berulang kembali. Kesetaraan rezeki akan dirasai oleh semua umat Islam. Sebab itulah kita harus memahami pula konsep zakat dan sedekah. Bila kita dpt memahami konsep2 asas ini, barulah kita akan dapat memasang NIAT (nawaitu) segala yg kita lakukan ini adalah ikhlas krn Allah SWT.
Mahu sertai kami? Sila hubungi En Zulkhairie di 013-3889322 atau klik di sini.



August 17th, 2010 on 7:02 pm
sangat setuju dgn olahan saudara..