Saya tak akan menulis panjang.
Soalan penting bagi anda sebagai Perunding Unit Amanah: Apakah Nyawa Bisnes Anda?
Mudah sahaja. Sedari atau tidak nyawa bisnes anda bergantung kepada bilangan kes KWSP (EPF) dan juga kes Autodebit (Direct Debit Instruction) sahaja!
Kedua-dua kes ini akan menjadi ‘basic pay’ atau gaji tetap anda walaupun bayaran gaji anda adalah berdasarkan komisyen. Gaji anda ini akan bertahan dari 10 hingga ke 30 tahun kerana pelabur akan melabur untuk Persaraan (sehingga umur 55 tahun) ataupun Pendidikan (sehingga umur anak 18 tahun). Hebat bukan?
Inilah petua umur panjang (umur bisnes) bagi seseorang Perunding Unit Amanah. Dan jika seseorang Perunding Unit Amanah itu boleh bertahan cukup lama dalam industri ini (10 tahun dan lebih) maka ‘gaji pencen’ yang digelar Career Benefit (CB) pula akan menjadi satu gaji tetap tanpa bekerja. Yang menariknya gaji pencen ini akan meningkat setiap tahun berdasarkan jualan terkumpul anda. Lagi menarik bukan?
Lihat sekeliling anda. Lihat handphone anda. Lihat Facebook, Tweeter, LinkedIn, Yahoo Messenger atau Skype anda.
Siapakah antara mereka yang mempunyai KWSP dan siapa yang mempunyai anak? Jika bukan mereka mungkin ayah, ibu, abang, kakak atau sepupu-sepapat mereka…SEMUANYA AKAN MENJANA PENDAPATAN UNTUK ANDA!!!
Hubungi saya untuk menjadi Perunding Unit Amanah segera. Jika bukan anda yang menjana wang dari mereka; akan ada Perunding Unit Amanah lain yang akan sapu mereka. Mungkin juga saya!

