Suatu kisah pada tahun 1954; Roger Bannister adalah seorang pelajar jurusan kedoktoran di England. Pada zaman itu sekitar tahun 1950-an para doktor percaya bahawa tidak akan ada manusia yang boleh membuat larian 4-minit-sebatu. Sehinggakan ada satu artikel yang disiarkan dalam jurnal perubatan Amerika yang mengatakan bahawa jika seorang manusia memaksa badannya ke suatu tahap sehingga 4-minit-sebatu, jantung beliau akan meletup di dalam badannya sendiri.
Maka bayangkan Bannister yang sedang melepak dengan rakan sekelas perubatannya berkata “Hey, aku boleh lakukannya! Aku makan dengan sempurna. Aku berlatih dengan kuat. Aku boleh lakukannya!” Bagaimana anda fikir jawapan rakannya? Mungkin berkata, “Ko gila ke! Ko tak baca jurnal tu ke? Jantung ko akan meletop!!” Suatu kerja yang tidak mungkin berfaedah bukan? Baiklah, Bannister buat pada 1954 dan pecahkan rekod larian 4-minit-sebatu. Kemudian apa yang anda fikir akan berlaku? Tahun berikutnya, 37 orang lain pula pecahkan rekod larian 4-minit-sebatu, dan tahun berikutnya lagi, lebih 200 orang pecahkan rekod larian 4-minit-sebatu! Sekarang, sudah tentu, budak sekolah menengah pun boleh berlari 4-minit-sebatu dalam merentas desa.
Apakah sebenarnya berlaku pada 1954 ini? Ya betul, inilah sistem kepercayaan. Bannister lakukan apa yang tiada seorang pun percaya ia boleh dilakukan, dan orang berkata “Wey, kalau dia boleh lakukan, aku pun boleh!”. Mereka telah menukar kepercayaan pada apa yang boleh mereka lakukan. Balik pada zaman sekarang, Cuba lihat tagline “MALAYSIA BOLEH!” Anda fikir kenapa?
Kepercayaan andalah yang menggerakkan tingkah-laku anda. Anda tidak akan boleh memaksa diri untuk lakukan sesuatu yang anda sendiri percaya ia tidak boleh lakukan. You cannot get yourself to do something you don’t believe is possible. Jika anda TIDAK PERCAYA yang anda BOLEH dapat income RM13,459 sebulan, anda secara automatik tidak akan lakukan perkara yang sepatutnya untuk mendapatkan income tersebut. Jika anda TIDAK PERCAYA yang perniagaan ini BOLEH MEMBERIKAN APA YANG TIDAK PERNAH ANDA DAPAT SEBELUM INI, anda secara automatiknya tidak akan mengatur langkah dan buat apa yang sepatutnya anda buat. Jika anda TIDAK PERCAYA yang anda BOLEH mempunyai hubungan yang berjaya dengan seseorang, maka anda tidak akan lakukan sesuatu yang perlu untuk mengakrabkan hubungan tersebut.
Apakah kepercayaan anda dalam perniagaan ini? Ramai yang berjaya dan tak kurang pula yang gagal dalam perniagaan ini. Mereka yang berjaya sudah tentulah mempunyai sistem kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap perniagaan ini; dan apa pula kepercayaan mereka yang gagal? Sebenarnya, bila kita mempunyai kepercayaan yang SANGAT UTUH terhadap apa yang kita percaya dan lakukan, kita tetap akan teguh berdiri walaupun apa rintangan yang datang kepada kita.
Mereka yang gagal adalah kerana kepercayaan mereka telah DIHAKIS sedikit demi sedikit dengan rintangan yang menimpa mereka. Cara terbaik untuk menghalang hakisan ini adalah dengan – MEMPERCAYAI SESUATU YANG POSITIF. Ini kerana tiada siapa yang boleh mempersoalkan kepercayaan anda…jika anda PERCAYA anda BERJAYA, itu adalah BETUL dan jika anda PERCAYA anda TIDAK AKAN BERJAYA, itu juga adalah BETUL untuk anda. Telah terbukti, mereka yang BERFIKIRAN POSITIF akan BERJAYA. Jadi fikiran yang bagaimana harus anda ikut??
Jika anda PERCAYA anda BOLEH BERJAYA dalam perniagaan Unit Amanah ini, klik di sini.
Jika anda PERCAYA anda akan MENJANA PENDAPATAN YANG ANDA MAHUKAN, klik di sini.
Jika anda PERCAYA anda MEMIMPIN AGENSI YANG MEMPUNYAI 389 ORANG AGEN, klik di sini.
You decide what you want!
Tonton video Larian 4-Minit-Sebatu Roger Bennister:


December 3rd, 2010 on 7:59 pm
Salam sejahtera En Zul.
Berapa ramai agent En Zul yang aktif ketika ini dan bagaimana En Zul menguruskan agent yg berjauhan?
Adakah En Zul mempunyai sistem yang boleh menjanjikan kejayaan seseorang agent itu?
TERIMA KASIH EN ZUL
SAYA SGT KAGUMI EN ZUL. BEST! TULISAN EN ZUL BETUL2 MEMBUKA MINDA SAYA.
December 8th, 2010 on 3:52 am
Salam Yus.
Ketika ini saya mempunyai 18 org agent yang aktif di seluruh Malaysia.
Saya menggunakan IT sbg medium komunikasi dgn agent2 yang berada berjauhan dgn saya. Kebanyakannya menggunakan Social Media. Cara ini lebih efektif dan pantas malah menjimatkan kos kedua-dua pihak.
Dalam bisnes ini, saya bertindak sbg Mentor anda. Saya ada menyediakan platform / sistem yang bukan shj boleh digunakan oleh anda malah agent2 (downline) anda juga. Sistem ini dibuat berdasarkan pengalaman saya dan juga rakan-rakan bisnes yang telah berjaya dalam industri ini.
Kejayaan seseorang semuanya terletak dalam diri anda sendiri. Saya mempunyai agent yang sangat Independent / berdikari walaupun berjauhan dgn saya…dan saya juga pernah mempunyai agent yang terus KOMA sejurus mendapat lesen walaupun berdekatan dgn saya.
Jika anda ingin BERJAYA, lakukan dgn cara anda sendiri. Ilmu semua akan diberi tetapi andalah yang harus melakukannya. Saya berpegang pd prinsip “Lebih baik Mengajar Anak Menangkap Ikan dpd Menyuap Ikan ke Mulut Mereka”…mereka akan dpt survive walau di mana pun mereka tercampak.
Terima kasih kerana mengikuti blog saya, Yus.
Orang Melayu mesti menjadi USAHAWAN jika mahu berdiri sebaris dgn bangsa lain dalam penguasaan ekonomi. Sepatutnya kita berdiri lebih tinggi dari mereka kerana bumi kita berpijak ini adalah bumi tinggalan datuk nenek kita kepada anak bangsa kita.
Itu juga menjadi fardhu Kifayah utk kita membantu meningkatkan ekonomi sesama umat Islam kita.