Salam semua rakan bisnes.

Dalam industri Unit Amanah ini, kejayaan anda untuk close sale sebenarnya SANGAT BERGANTUNG kepada bagaimana anda menjawab soalan / menghuraikan persoalan yangg diajukan oleh pelanggan. Jika anda dapat menjawab dengan professional, maka customer akan berani untuk meletakkan wangnya dengan anda. Mereka akan letak kepercayaan pada anda.

Tiada ada yang perlu ditakutkan oleh anda! Jawapan anda pasti sama dengan jawapan saya…juga sama dengan jawapan Perunding Unit Amanah lain. Semua sama. Kita berkongsi maklumat yang sama. Kita menggunakan periuk nasi yang sama. Cuma bezanya adalah samada anda seorang yang BERINFORMASI atau TIDAK. Itu sahaja!!

Oleh kerana itulah saya menekankan betapa pentingnya anda menghadiri Training dan juga Seminar yang dikendalikan oleh Public Mutual dan juga dari Group Agency anda sendiri. Semuanya adalah supaya INFORMASI dan SKIL itu dapat disalurkan dengan lebih tepat dan mudah.Tiada paksaan kerana anda semua telah dewasa dan boleh berfikir sendiri. Sedangkan jika anda bekerja dengan Kerajaan mahupun Swasta, anda akan dipaksa untuk menghadiri kursus utk memantapkan skil anda…atau adakah anda fikir Kerajaan atau Swasta menghantar anda hanya untuk makan angin sahaja?

Dalam dunia bisnes, ilmu pengetahuan dan juga skil tidak akan disuap ke mulut anda. Anda yang harus mencarinya. Anda jugalah yang akan melatihnya. Semuanya adalah anda. It’s totally about you. Banyak sumber yang boleh didapati misalnya dari pembacaan buku tentang kewangan dan juga tentang kejayaan.

Saya suatu ketika dulu pun tidak gemar membaca…buku adalah ubat tidur; baca 5 minit akan terus terlelap. Tetapi saya ubah persepsi saya terhadap pembacaan. Saya baca buku kerana saya ingin dapatkan suatu ilmu baru dalam buku tersebut (dan tentulah ianya bukan majalah hiburan atau komik!). Ilmu nyata yang saya akan gunakan dalam menjalani kehidupan saya.

Cuba lihat bagaimana saya memulakan bisnes ini (tahun 2007). Saya menghadiri semua kursus yang akan menyediakan saya dengan informasi dan melatih kemahiran saya..walaupun kursus tersebut kursus wajib untuk level manager sekalipun. Apa yang penting saya mahukan ilmu yang belum saya ada; tengok silibus dan daftar untuk training tersebut. Bidang bisnes memerlukan orang yang kreatif dan juga bertatasusila.

Bagaimana pula dengan anda? Jangan menyalahkan bisnes anda jika anda tidak berjaya atau semakin merudum. Tiada siapa yang lebih bersalah selain dari diri sendiri. Mahu seribu Jalan, tidak mahu seribu alasan.

Training kita sebenarnya tidaklah seteruk training seperti di dalam video ini. Tetapi apa yang mahu dikatakan adalah anda pasti tidak akan berjaya atau cemerlang tanpa latihan yang kental. Itulah harga sebuah kejayaan.

*Walau berada di tempat kedua selepas USA dari segi pungutan pingat keseluruhan tetapi China menyapu 51 emas (terbanyak) berbanding 36 emas sahaja oleh USA. Saya kagum dengan semangat jitu China merebut emas kerana mengatakan “Memenangi sebutir pingat emas adalah wajib kerana sebutir pingat emas bersamaan 1000 pingat perak.”