Merungkap kembali sejarah kepahlawanan dan kebijaksanaan Panglima Tentera Islam yang bertekad untuk menyebarkan Islam ke seluruh bumi Eropah sekitar tahun 97 Hijrah (lebih kurang tahun 700 Masihi). Itulah dia Thariq Bin Ziyad.
Thariq bin Ziyad memimpin sebuah angkatan perang seramai 12 belas ribu orang yang dimuatkan dalam 12 kapal perang bagi menawan Andalusia (Sepanyol) serta membebaskan rakyat negara itu daripada penindasan Raja Gothic yang dipimpin oleh Roderick yang zalim. Panjang kisahnya lagi namun apa yang menjadi bualan sehingga ke hari ini adalah tindakan berani dan nekad yang diambil oleh Panglima Tentera Islam ini. Sebaik sahaja tiba di bumi Sepanyol (tempat mendarat ini dinamakan Jabal Thariq tetapi sekarang dikenali sebagai Gibraltar), Thariq Bin Ziyad telah memerintahkan agar kesemua 12 buah kapal perang mereka itu dibakar hangus!
Petikan kisah dari sumber rujukan:
Keesokan harinya setelah solat Subuh berjemaah, Thariq menyuruh pembantunya membakar kesemua kapal mereka. Ramai yang hairan dengan arahan ketua mereka dan ada yang bertanya akan keselamatan mereka kelak. Tidak kurang juga yang bertanya bagaimana mereka akan pulang selepas ini. Lalu Thariq berkata, “Lupakan hasrat kamu semua untuk pulang. Kita datang ke sini demi syahid ataupun kemenangan.”
Panglima Sufian pula bertanya, “Adakah perkara ini pernah berlaku ketika zaman Rasulullah?Memusnahkan harta dalam peperangan?”, namun dengan tenang Thariq menjawab,”Sudah lupakah kalian dengan Perang Muktah? Dalam perang itu Panglima Jaafar b.Abi Talib yang menggantikan Zaid b.Harithah yang syahid, telah membunuh kudanya dan bertempur sambil berjalan kaki sehingga beliau syahid.”(Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak mencerca perbuatan itu dan ada para ulama berpendapat tindakan itu diambil kerana dikhuatiri harta itu akan jatuh ke tangan musuh) Begitulah juga seperti kapal, tindakan itu sebenarnya untuk menaikkan kembali semangat tentera-tenteranya.
Kemudian Tariq berpidato, “Saudara-saudaraku, di belakang kita laut, di hadapan kita musuh. Demi Allah kita datang bagi syahid atau mencapai kemenangan.” Mendengar berita tentera Islam membakar kapal-kapal mereka; Roderick, Goted dan askar-askar Gothic mengejek dan mentertawakan perbuatan itu. Mereka mengatakan Thariq sudah gila dan tentera-tentera Islam juga gila kerana akur dengan arahan ketua mereka yang gila. Namun di kalangan mereka ada seorang sahaja yang tidak ketawa, iaitu paderi yang paling tua di situ.
Apabila ditanyakan mengapa dia tidak ketawa oleh Roderick, paderi itu menjawab bahawa dia tidak merasakan berita itu suatu yang melucukan bahkan dia kagum dan takut mendengar berita itu. Roderick hairan dan bertanya kenapa, lalu paderi itu berkata bahawa kamu semua sepatutnya takut bukannya gembira dengan berita ini. Apabila tentera Islam membakar kapal-kapal mereka sudah tentu mereka hanya tinggal sehelai sepinggang dan mereka pasti berjuang habis-habisan untuk mencapai kemenangan.
Dipetik dari http://korea.amirnet.org
Kisah Benar Bulan Syawal
Study Case 1
En Yamin (bukan nama sebenar) menghubungi saya untuk menjadi Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant atau UTC). “Saya dah bosan dengan kerja saya sekarang…hari-hari berulang tempat kerja yang jauh, bos suruh stay sampai malam, kengkadang kena kerja hari minggu, bla…bla…bla…” katanya. Saya suruh beliau sediakan segala dokumen yang diperlukan dan silalah berjumpa saya di Johor Bahru Branch. Sungguh mudah, beliau datang dengan penuh semangat bersama dengan segala dokumen yang dipersiapkan lebih awal. Dan beliau sign up pada hari itu juga dan kini telah lulus exam pun. Beliau target untuk menjadi full-timer pada Januari 2012 ini.
Study Case 2
Pn Rahimah (bukan nama sebenar) telah menghubungi saya dan ingin menjadi Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant atau UTC) juga. Beliau sangat teruja ketika bercakap di telefon dan memandangkan beliau kini mengusahakan taska pada sebelah pagi; maka beliau berhasrat untuk fokus pada perniagaan Unit Amanah ini pada sebelah petang dan malamnya. “ Saya suka mencuba sesuatu yang baru, En Zul. Saya nampak sangat perniagaan Unit Amanah ini boleh pergi jauh..” katanya. Tetapi beliau terpaksa tangguhkan dulu proses untuk sign up memandangkan beliau ingin memberi tumpuan kepada anaknya yang akan menduduki UPSR 2 minggu lagi. Beliau berjanji akan menghubungi saya kembali selepas itu. Bila tiba masanya, ini jawapan beliau “Husband saya tak bagilah En Zul..” Saya tersenyum sendirian dan jawab “Ok..”
Ulasan saya
Bertahun saya dalam industri Unit Amanah (Unit Trust) ini dan sudah bermacam-macam jenis orang yang saya telah jumpa. Saya bukanlah jenis yang suka memaksa orang tetapi saya lebih suka untuk encourage orang. Kenapa? Kerana perniagaan ini adalah bisnes anda. Saya hanyalah ibarat kompas kapal anda. Anda harus jadi nakhoda dan anda kena pastikan kapal anda mempunyai bahanapi; setidak-tidaknya pun mempunyai layar untuk bergerak. Bahanapi di sini adalah kemahuan membara (burning desire) anda dan layar pula adalah pendirian (attitude of mind) anda.
Kisah kedua-dua kes di atas berlaku dalam tempoh masa yang sama. Tetapi oleh kerana keputusan yang diambil berbeza; maka hasilnya pun berbeza. Perbezaan yang kecil tetapi mempunyai impak yang sangat besar. En. Yamin telah pun mempunyai 2 orang pelabur dan 2 orang agent yang mendaftar dengannya…apa pula yang berlaku dengan Pn Rahimah? Mungkin masih di tempat yang serupa. Sebenarnya pembaziran telah berlaku; masa dan yang paling utama adalah peluang (opportunity)!
Peluang atau rezeki Allah datang dalam 2 rupa. Pertama ia boleh datang secara terus (direct) kepada manusia dan kedua ia boleh datang dalam bentuk penyamaran (disguise). Jika datang dalam bentuk kedua, ia boleh datang dalam bentuk kekalahan (defeat) tetapi membawa bersama benih-benih kejayaan (seeds of success). Oleh kerana itulah kita tidak harus mengalah sekiranya ditumbangkan sebaliknya cari benih-benih kejayaan di sebalik kegagalan kita itu. Ingatlah, kegagalan itu hanya sementara (temporary defeat). Kaji kelemahan dan kelebihan diri (inilah benih kejayaan), bingkas bangun dan usaha terhadap benih tersebut maka insyaAllah akan berjaya.
Apa yang saya cuba perkatakan di sini adalah beri peluang kepada diri anda untuk meraih kejayaan. Thariq bin Ziyad dan tentera-tentera Islam hanya bersenjatakan pedang, tombak dan anak panah manakala askar-askar Gothic pula lengkap berkuda dengan baju besinya. Akhirnya beliau Berjaya dan memerintah Sepanyol (Andalusia). Semangat Thariq bin Ziyad membakar kapal-kapalnya banyak digunakan oleh usahawan-usahawan dalam perniagaan. Terbukti mereka semua mencapai kejayaan yang diidamkan berbekalkan semangat ini.
Saya telah bakar kapal saya, bagaimana pula dengan anda?

