Bangun Zul…bangun! Itulah kejutan pagi yang saya terima. Yang best nya dari rakan blogging saya Pn Fadzilah Mamat. Pejam celik sudah masuk bulan Februari…dan kali terakhir saya menyumbangkan artikel adalah pada Disember 2011. Renungan pada 2 bulan lepas, apa yang telah dibuat; memang tersangat sibuk sehingga terabai blog kerjayapelaburan.com ini. Minta maaf kepada makhluk Allah yang bernama ‘blog’ ini kerana terlepas pandang sekejap.

Kesibukan ‘Side Project’

Sibuk saya adalah kerana menyelesaikan beberapa ‘side project’ untuk tahun 2011 yang dilanjutkan sehingga Januari 2012. Menjana apa jua pasif income adalah matlamat saya. Saya memiliki permainan Cashflow 101 dan Cashflow 202 yang dicipta oleh pengarang buku terkenal ‘Rich Dad, Poor Dad‘ iaitu Robert T. Kiyosaki. Dari sinilah saya belajar bagaimana kita harus faham dan memiliki ‘financial statements’ dan membuat ‘balance sheet’. Dari sini juga kita akan diajar bagaimana untuk bertindak sebagai seorang pelabur yang bijak walaupun pelaburan di dalam permainan ini lebih tertumpu kepada pelaburan hartanah. Namun, saya sebenarnya didedahkan dengan bagaimana cara orang kaya berfikir dan mencari peluang. Ini sungguh baik!!

Passive Income

Di dalam permainan ini, ada 2 jalan yang akan dilalui:

  1. Rat Race -  ini adalah jalan yang dilalui oleh seorang pekerja makan gaji.
  2. Fast Track – laluan ini adalah jalan yang dilalui oleh orang kaya.

Matlamat utama pemain adalah untuk keluar dari Rat Race dan masuk ke laluan Fast Track. Pendek kata, pemain mesti berusaha untuk keluar dari kepompong income biasa kepada income yang luarbiasa. Tidak keterlaluan dikatakan dari miskin kepada kaya. Bagaimana tu?

Cara yang diajar oleh Kiyosaki adalah dengan menjana passive income. Setiap pemain mesti berlumba-lumba menjana passive income mereka secepat mungkin dan jadikan passive income mereka melebihi income bulanan yang dijana dalam Rat Race. Dengan cara ini mereka akan jadi kaya dan boleh memasuki laluan kedua Fast Track di mana dalam laluan ini, kita akan diajar pula bagaimana orang kaya berbisnes. Idea ini adalah adalah hasil kajian dan pengalaman beliau yang ditulis dengan terperinci dalam buku ‘Rich Dad Poor Dad‘ dan ‘Cashflow Quadrant‘. Lebih baik jika anda dapatkan dahulu dan fahami teori Kuadran E, S, B, I  yang ditulis dalam buku tersebut. Alah, kalau anda rajin search kat internet dan youtube pun anda dah boleh dapat ilmu ini!

Berblogging pun boleh menjana Passive Income!

Meremang bulu roma tangan saya yang lebat ini (haha!) bila membaca entry rakan Fadzilah Mamat yang nak jadikan blog-blog beliau untuk menjana passive income!! Memang best.

Apa-apa pun, ilham Allah beri pada kita janganlah kita tolak. Genta rasa (ayat Ust. Pahrol nie..) yang timbul dari hati mesti dianalisis dan diusahakan. Paling tidak pun kita catit dulu ilham tersebut di dalam Buku Idea kita  untuk review suatu masa nanti; dan mungkin pada masa itu, keadaan itu, peluang itu kita boleh laksanakan idea tersebut.

Sehingga jumpa lagi!