Saya amat meminati dan mengkagumi Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Kata-kata dan idea yang dikongsi melalui segmen Mukmin Professional di Radio IKIM FM (frekuensi di Johor ialah 106.2 Hz) sering saya ikuti. Di sini saya ingin berkongsi ilmu-ilmu yang saya perolehi dari salah satu rancangan bertajuk Formula Kejayaan Individu. Terdapat satu petikan persoalan yang sangat menarik perhatian saya.
Walaupun selama 4 tahun menceburi bidang Perancangan Kewangan khususnya Unit Amanah ini, berbagai kursus dan motivasi telah saya hadiri; kupasan dari Ustaz Pahrol kali ini sangat memberi kesan kepada saya. Begitu juga kepada anda di luar sana. Sebenarnya, formula kejayaan yang dikaji oleh para ahli falsafah dan psikologi Barat adalah sama dengan apa yang telah lama terkandung dalam ajaran Islam.
‘Man Jadda wajada’ yang bermaksud barangsiapa yang berusaha, maka dia akan dapat apa yang diusahakannya; dengan izin Allah SWT. Berikut adalah petikan dari rancangan tersebut yang saya muat turun dari laman web IKIM FM (http://www.ikimfm.my) :
Boleh dengar clip rancangan itu di sini. Sila tekan Play.
Pemanggil : Assalamulalaikum Ustaz. Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi dugaan semakin berat; semakin susah untuk dihadapi. Adakah itu perkara normal atau saya bersikap negatif dengan apa yang saya hadapi itu?
Ustaz Pahrol : Terima kasih kepada semua pemanggil. Saya nak memulakan dengan satu cerita yang ada analogi dan pengajarannya.
Suatu hari seorang lelaki sedang melalui satu jalan. Dia melihat seorang budak sedang tercari-cari sesuatu di bawah lampu (ketika itu malam).
Lelaki itu pun bertanya kepada budak itu “Apa yang sedang kamu cari sebenarnya di bawah lampu ini?”.
Budak itu berkata “ Saya cari wang saya yang hilang di sini”.
“Wang kamu ini hilang/ jatuh di mana?” tanya si lelaki. Lalu si budak menunjukkan ke satu tempat gelap yang jauh dari situ.
“Eh, wang jatuh di tempat gelap dan jauh dari sini; mengapa pula kamu carinya di sini?!” tanya lelaki dalam keadaan pelik.
“Di sini lebih senang…” jawab budak itu.
Hasil analogi cerita ini ialah si budak itu memang mengetahui duitnya hilang di tempat yang gelap, tetapi beliau masih mencari wang tersebut di tempat yang terang atas alasan di tempat terang itu lebih senang (untuk mencari). Jadi, budak itu pasti tidak akan jumpa wangnya di situ.
Begitu jugalah di dalam kehidupan kita, kejayaaan kita bukannya berada di ‘comfort zone’ kita (di zon selesa kita). Zon selesa ialah tempat di mana kita berada sekarang; di tempat kita tinggal sekarang. Jadi kita tidak ada pergerakan sebab kita sudah selesa dengan keadaan sekarang. Kita tidak akan buat perubahan, kita tidak akan buat pembaharuan atau transformasi. DI SITU TIDAK AKAN ADA KEJAYAAN.
Di manakah kejayaan kita berada sebenarnya?
KEJAYAAN KITA BERADA DI ‘COURAGE ZONE’ KITA (di zon yang mencabar). Seperti seorang bayi yang jika dia selesa dengan terus merangkak, dia tidak akan berjalan. Untuk dia belajar berjalan, dia terpaksa bangun dan jatuh..bangun dan jatuh. Yang itulah ramai orang ‘deny’ atau menafikan, dia tidak mahu melalui proses itu. Proses susah (proses mujahadah) tadi. Jadi bila dia terus duduk di ‘zon selesa’ tadi, maka tiada perubahan. Dia mesti pergi ke ‘zon mencabar’ dan di sana ada kesusahan tetapi di sana ada kejayaan. NO PAIN, NO GAIN.
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Jadi kita kena lalui kepahitan mujahadah supaya kita dapat memetik buahnya iaitu kemanisan syurga. Syurga itu ada dua iaitu Jannatul Ajilah (ketika di dunia) dan juga Jannatul Abadiah (semasa di Akhirat). Syurga itu dipagari oleh kesusahan.
Ustaz Pahrol : Pemanggil berkata dia telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi makin susah…makin susah. Kalau kita membuat satu perumpamaan, kita mendaki sebuah gunung atau bukit …kita mendaki semakin letih…semakin lama semakin letih. Jadi kenapa?
Rupanya kita belum sampai ke kemuncak lagi! Maksudnya kita tidak ‘pay the price’ (tidak membayar harganya).
Kenapa masih tidak berjaya?
Sebab itu dalam kehidupan ini, mengikut pakar-pakar (pakar psychology) yang sesuai dengan ajaran Islam; jika kita tidak dapat capai sesuatu perkara yang kita mahu dalam hidup ini ada 2 sebab (yang disebabkan oleh manusia itu sendiri):
- Kita tidak benar-benar inginkannya…contoh dialog: “ Saya nak masuk syurga (berjaya, senang, kaya atau apa-apa keinginan anda), tapi kalau tak dapat nak buat macamana…”.
Itu tandanya kita tidak benar-benar inginkannya. Kita tidak ada ‘BURNING DESIRE’. ‘Burning Desire’ (keinginan yang MENYALA-NYALA) itu ibarat bahan api yang menyebabkan kita bergerak.
2. Kita tidak ‘pay the price’. Kita tidak bayar harga yang dituntut untuk kejayaan itu.
Inilah masalah kita semua, kadang-kadang kita rasa semakin kita bergerak terasa semakin berat…kemudian semakin berat ujian itu…
Apakah realiti ujian yang kita hadapi?
Sebenarnya, kita sudah bergerak dan tinggal sedikit sahaja lagi tetapi kita tidak nampak pergerakan itu. Kita tidak nampak kerana manusia ini diciptakan sentiasa berada dalam keadaan gopoh-gapah dan keluh kesah. Contohnya, kalau kita ada sebikar air yang dipanaskan (di atas dapur gas). Air akan mendidih pada suhu 100°C..tetapi bila kita panaskan pada 1°, 2°, 3°C ; sudah berlaku pergerakan molekul. Setiap kali berlaku peningkatan 1°, maka pergerakan molekul semakin laju.
Dalam pemerhatian mata kasar kita memang tidak nampak. Begitulah sehinggakan sampai pada 99° sekalipun masih belum nampak. Kemudian kita ‘give up’ dan terus padamkan api (“Cukuplah setakat ini…” kata kita). Padahal, jika kita terus memanaskannya 1? sahaja lagi; maka air itu akan menggelegak dan mendidih.
Kesimpulan jawapan?
Kita berusahalah; berusaha dengan menganggap bahawa apa yang kita usahakan itu BELUM CUKUP LAGI untuk ‘PAY THE PRICE’ ataupun MEMBAYAR HARGA KEJAYAAN kita. Dan insyaAllah, Allah SWT Maha Sayang kepada kita. Happiness (kebahagian) atau kejayaan bukan berada di hujung jalan, tetapi ‘along the road’ (sejauh perjalanan tersebut). Walaupun mujahadah itu pahit, tetapi ada kemanisan yang Allah akan bagi hidayah dan ketenangan kepada kita; biarpun sukar tetapi ada ketenangannya. Jika mendaki gunung dan belum sampai lagi (ke kemuncak), maka teruskan pendakian sehingga ke puncaknya.
Saya mencari anda yang mempunyai tekad untuk berjaya dan mengubah hidup seterusnya. Jika anda adalah orang yang saya cari dan mempunyai ciri-ciri di atas, sila klik di sini.
Jika anda berminat untuk menyertai saya sebagai Perunding Unit Amanah, Hubungi saya.










