Perancangan Kewangan

Bangun…Bangun!!

Bangun Zul…bangun! Itulah kejutan pagi yang saya terima. Yang best nya dari rakan blogging saya Pn Fadzilah Mamat. Pejam celik sudah masuk bulan Februari…dan kali terakhir saya menyumbangkan artikel adalah pada Disember 2011. Renungan pada 2 bulan lepas, apa yang telah dibuat; memang tersangat sibuk sehingga terabai blog kerjayapelaburan.com ini. Minta maaf kepada makhluk Allah yang bernama ‘blog’ ini kerana terlepas pandang sekejap.

Kesibukan ‘Side Project’

Sibuk saya adalah kerana menyelesaikan beberapa ‘side project’ untuk tahun 2011 yang dilanjutkan sehingga Januari 2012. Menjana apa jua pasif income adalah matlamat saya. Saya memiliki permainan Cashflow 101 dan Cashflow 202 yang dicipta oleh pengarang buku terkenal ‘Rich Dad, Poor Dad‘ iaitu Robert T. Kiyosaki. Dari sinilah saya belajar bagaimana kita harus faham dan memiliki ‘financial statements’ dan membuat ‘balance sheet’. Dari sini juga kita akan diajar bagaimana untuk bertindak sebagai seorang pelabur yang bijak walaupun pelaburan di dalam permainan ini lebih tertumpu kepada pelaburan hartanah. Namun, saya sebenarnya didedahkan dengan bagaimana cara orang kaya berfikir dan mencari peluang. Ini sungguh baik!!

Passive Income

Di dalam permainan ini, ada 2 jalan yang akan dilalui:

  1. Rat Race -  ini adalah jalan yang dilalui oleh seorang pekerja makan gaji.
  2. Fast Track – laluan ini adalah jalan yang dilalui oleh orang kaya.

Matlamat utama pemain adalah untuk keluar dari Rat Race dan masuk ke laluan Fast Track. Pendek kata, pemain mesti berusaha untuk keluar dari kepompong income biasa kepada income yang luarbiasa. Tidak keterlaluan dikatakan dari miskin kepada kaya. Bagaimana tu?

Cara yang diajar oleh Kiyosaki adalah dengan menjana passive income. Setiap pemain mesti berlumba-lumba menjana passive income mereka secepat mungkin dan jadikan passive income mereka melebihi income bulanan yang dijana dalam Rat Race. Dengan cara ini mereka akan jadi kaya dan boleh memasuki laluan kedua Fast Track di mana dalam laluan ini, kita akan diajar pula bagaimana orang kaya berbisnes. Idea ini adalah adalah hasil kajian dan pengalaman beliau yang ditulis dengan terperinci dalam buku ‘Rich Dad Poor Dad‘ dan ‘Cashflow Quadrant‘. Lebih baik jika anda dapatkan dahulu dan fahami teori Kuadran E, S, B, I  yang ditulis dalam buku tersebut. Alah, kalau anda rajin search kat internet dan youtube pun anda dah boleh dapat ilmu ini!

Berblogging pun boleh menjana Passive Income!

Meremang bulu roma tangan saya yang lebat ini (haha!) bila membaca entry rakan Fadzilah Mamat yang nak jadikan blog-blog beliau untuk menjana passive income!! Memang best.

Apa-apa pun, ilham Allah beri pada kita janganlah kita tolak. Genta rasa (ayat Ust. Pahrol nie..) yang timbul dari hati mesti dianalisis dan diusahakan. Paling tidak pun kita catit dulu ilham tersebut di dalam Buku Idea kita  untuk review suatu masa nanti; dan mungkin pada masa itu, keadaan itu, peluang itu kita boleh laksanakan idea tersebut.

Sehingga jumpa lagi!

 

 

 

 

 

 


Formula Kejayaan Individu: Suatu Kupasan…

Saya amat meminati dan mengkagumi Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Kata-kata dan idea yang dikongsi melalui segmen Mukmin Professional di Radio IKIM FM  (frekuensi di Johor ialah 106.2 Hz) sering saya ikuti. Di sini saya ingin berkongsi  ilmu-ilmu yang saya perolehi dari salah satu rancangan bertajuk Formula Kejayaan Individu. Terdapat satu petikan persoalan yang sangat menarik perhatian saya.

Walaupun selama 4 tahun menceburi bidang Perancangan Kewangan khususnya Unit Amanah ini, berbagai kursus dan motivasi telah saya hadiri; kupasan dari Ustaz Pahrol kali ini sangat memberi kesan kepada saya. Begitu juga kepada anda di luar sana. Sebenarnya, formula kejayaan yang dikaji oleh para ahli falsafah dan psikologi Barat adalah sama dengan apa yang telah lama terkandung dalam ajaran Islam.

‘Man Jadda wajada’ yang bermaksud barangsiapa yang berusaha, maka dia akan dapat apa yang diusahakannya; dengan izin Allah SWT. Berikut adalah petikan dari rancangan tersebut yang saya muat turun dari laman web IKIM FM (http://www.ikimfm.my) :

Boleh dengar clip rancangan itu di sini. Sila tekan Play.

 

Pemanggil      :      Assalamulalaikum Ustaz. Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi dugaan semakin berat; semakin susah untuk  dihadapi. Adakah itu perkara normal atau saya bersikap negatif dengan apa yang saya hadapi itu?

Ustaz Pahrol  :   Terima kasih kepada semua pemanggil. Saya nak memulakan dengan satu cerita yang ada analogi dan pengajarannya.

Suatu hari seorang lelaki sedang melalui satu jalan. Dia melihat seorang budak sedang tercari-cari sesuatu di bawah lampu (ketika itu malam). 

Lelaki itu pun bertanya kepada budak itu “Apa yang sedang kamu cari sebenarnya di bawah lampu ini?”.

Budak itu berkata “ Saya cari wang saya yang hilang di sini”.

“Wang kamu ini hilang/ jatuh di mana?” tanya si lelaki. Lalu si budak menunjukkan ke satu tempat gelap yang jauh dari situ.

“Eh, wang jatuh di tempat gelap dan jauh dari sini; mengapa pula kamu carinya di sini?!” tanya lelaki dalam keadaan pelik.

“Di sini lebih senang…” jawab budak itu.

Hasil analogi cerita ini ialah si budak itu memang mengetahui duitnya hilang di tempat yang gelap, tetapi beliau masih mencari wang tersebut di tempat yang terang atas alasan di tempat terang itu lebih senang (untuk mencari).  Jadi, budak itu pasti tidak akan jumpa wangnya di situ.

Begitu jugalah di dalam kehidupan kita, kejayaaan kita bukannya berada di ‘comfort zone’ kita (di zon selesa kita). Zon selesa ialah tempat di mana kita berada sekarang; di tempat kita tinggal sekarang. Jadi kita tidak ada pergerakan sebab kita sudah selesa dengan keadaan sekarang. Kita tidak akan buat perubahan, kita tidak akan buat pembaharuan atau transformasi. DI SITU TIDAK AKAN ADA KEJAYAAN.

 

Di manakah kejayaan kita berada sebenarnya?

KEJAYAAN KITA BERADA DI ‘COURAGE ZONE’ KITA (di zon yang mencabar). Seperti seorang bayi yang jika dia selesa dengan terus merangkak, dia tidak akan berjalan. Untuk dia belajar berjalan, dia terpaksa bangun dan jatuh..bangun dan jatuh. Yang itulah ramai orang ‘deny’ atau menafikan, dia tidak mahu melalui proses itu. Proses susah (proses mujahadah) tadi. Jadi bila dia terus duduk di ‘zon selesa’ tadi, maka tiada perubahan. Dia mesti pergi ke ‘zon mencabar’ dan di sana ada kesusahan tetapi di sana ada kejayaan. NO PAIN, NO GAIN.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Jadi kita kena lalui kepahitan mujahadah supaya kita dapat memetik buahnya iaitu kemanisan syurga. Syurga itu ada dua iaitu Jannatul Ajilah (ketika di dunia) dan juga Jannatul Abadiah (semasa di Akhirat). Syurga itu dipagari oleh kesusahan.

Ustaz Pahrol  :   Pemanggil berkata dia telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi makin susah…makin susah. Kalau kita membuat satu perumpamaan, kita mendaki sebuah gunung atau bukit …kita mendaki semakin letih…semakin lama semakin letih. Jadi kenapa?

Rupanya kita belum sampai ke kemuncak lagi! Maksudnya kita tidak ‘pay the price’ (tidak membayar harganya).

 

Kenapa masih tidak berjaya?

Sebab itu dalam kehidupan ini, mengikut pakar-pakar (pakar psychology)  yang sesuai  dengan ajaran Islam; jika kita tidak dapat capai sesuatu perkara yang kita mahu dalam hidup ini ada 2 sebab (yang disebabkan oleh manusia itu sendiri):

  1. Kita tidak benar-benar inginkannya…contoh dialog: “ Saya nak masuk syurga (berjaya, senang, kaya atau apa-apa keinginan anda), tapi kalau tak dapat nak buat macamana…”.

Itu tandanya kita tidak benar-benar inginkannya. Kita tidak ada ‘BURNING DESIRE’. ‘Burning Desire’ (keinginan yang MENYALA-NYALA) itu ibarat bahan api yang menyebabkan kita bergerak.

2.      Kita tidak ‘pay the price’. Kita tidak bayar harga yang dituntut untuk kejayaan itu.

 

Inilah masalah kita semua, kadang-kadang kita rasa semakin kita bergerak terasa semakin berat…kemudian semakin berat ujian itu…

 

Apakah realiti ujian yang kita hadapi?

Sebenarnya, kita sudah bergerak dan tinggal sedikit sahaja lagi tetapi kita tidak nampak pergerakan itu. Kita tidak nampak kerana manusia ini diciptakan sentiasa berada dalam keadaan gopoh-gapah dan keluh kesah. Contohnya,  kalau kita ada sebikar air yang dipanaskan (di atas dapur gas). Air akan mendidih pada suhu 100°C..tetapi bila kita panaskan pada 1°, 2°, 3°C ; sudah berlaku pergerakan molekul. Setiap kali berlaku peningkatan 1°, maka  pergerakan molekul semakin laju.

Dalam pemerhatian mata kasar kita memang tidak nampak. Begitulah sehinggakan sampai pada 99° sekalipun masih belum nampak. Kemudian kita ‘give up’ dan terus padamkan api (“Cukuplah setakat ini…” kata kita).  Padahal, jika kita terus memanaskannya 1? sahaja lagi; maka air itu akan menggelegak dan mendidih.

 

Kesimpulan jawapan?

Kita berusahalah;  berusaha dengan menganggap bahawa apa yang kita usahakan itu BELUM CUKUP LAGI untuk ‘PAY THE PRICE’ ataupun MEMBAYAR HARGA KEJAYAAN kita. Dan insyaAllah, Allah SWT Maha Sayang kepada kita. Happiness (kebahagian) atau kejayaan bukan berada di hujung jalan, tetapi ‘along the road’ (sejauh perjalanan tersebut). Walaupun mujahadah itu pahit, tetapi ada kemanisan yang Allah akan bagi hidayah dan ketenangan kepada kita; biarpun sukar tetapi  ada ketenangannya. Jika mendaki gunung dan belum sampai lagi (ke kemuncak), maka teruskan pendakian sehingga ke puncaknya.

Saya mencari anda yang mempunyai tekad untuk berjaya dan mengubah hidup seterusnya. Jika anda adalah orang yang saya cari dan mempunyai ciri-ciri di atas, sila klik di sini.

Jika anda berminat untuk menyertai saya sebagai Perunding Unit Amanah, Hubungi saya.


Kisah Ketika Menghabiskan Hari Tua

Saya nak sangat berkongsi kisah ini. Kisah yang amat menarik dan mesti dijadikan tauladan. Dan agaknya kisah ini sudah berulang kali didengari oleh anda tetapi hakikatnya ia tetap juga berlaku di kalangan ahli keluarga, rakan taulan dan kenalan anda. Mungkin juga pernah berlaku di depan kita. Ada seorang Pakcik Haji yang telah pun bersara (berumur lewat 50-an) sambil menikmati hidup hari tua mereka. Hidup mereka suami isteri boleh dikategorikan sebagai selesa; tiada tanggungan kerana anak-anak semuanya telah berkeluarga, ada pencen yang nilainya separuh dari gaji mati setelah berkhidmat dengan kerajaan selama 30 tahun (katakanlah gaji mati RM8000 maka pencen mereka sekarang adalah RM4000 sebulan) dan apa yang lebih dinikmati adalah hasil renungan jauh ketika mereka masih muda…menjadi tuan rumah kpd 4 buah rumah yang disewakan. Saya rasa kesemua rumah itu telahpun habis dibayar. Saya sungguh respect mengenai pelaburan yang dibuat. Pelaburan hartanah. Katalah sebuah rumah disewa dengan harga RM1000, maka jumlah sewaan kesemuanya RM4000.

Pak Haji ni tiada pelaburan lain, kalau ada pun di dalam Tabung Haji belen-belen (balance) duit simpanan untuk pergi Mekah dulu. Tetapi Pak Haji ni banyak pulak simpanan di dalam bank biasa. Mungkin duit ihsan anak-anak dan juga lebihan cashflow bulanan. Saya fikir jika duit simpanan tersebut jika dilaburkan dalam unit amanah (unit trust) sudah tentu lebih baik…pengagihan (dividend) dari unit amanah sahaja boleh memberikan pulangan purata 5% hingga 10% setahun. Tiada apa yang rugi. Contoh yang paling mudah; katakanlah dia melabur RM120,000 ke dalam unit amanah dengan pulangan 10% setahun, maka setiap tahun beliau akan memperolehi RM12,000 secara percuma…bermaksud setiap bulan beliau ada income extra sebanyak RM1000 sebulan. Bayangkanlah jika jumlah yang dilaburkan adalah RM1,200,000 (RM1.2 juta); beliau akan mempunyai RM120,000 setiap tahun…income extra RM10,000 setiap bulan!! Hebat bukan? Itulah yang dibuat oleh orang-orang yang kaya (dilahirkan kaya) dan itu juga dilakukan oleh orang-orang biasa tetapi celik tentang kewangan (financial).

Promo: klik sini jika anda mahu menjadi orang yang celik tentang kewangan.

Berbalik semula pada cerita Pak Haji ini, sungguh malang kerana beliau tidak mahu melabur dalam unit amanah. Sebenarnya beliau kata beliau langsung tidak percaya kepada apa-apa jenis pelaburan selain dari pelaburan rumah sewanya. Kiranya beliau ini sangat lah konservatifnya. Bayangkan setelah dipujuk oleh anak sendiri (seorang Perunding Unit Amanah) masih juga tetap dengan pendiriannya. “Tidak! Aku tak percaya pada labur-labur nih..aku takut rugi!” kata Pak Haji.

Tetapi inilah klimaks ceritanya. Baru-baru ini saya terima berita yang mengatakan bahawa Pak Haji ini telah lebur wangnya sebanyak RM20,000 (tunai) akibat skim Gores dan Menang. Terkejut dan sedih saya! Nak saja saya bertemu dengan 2 orang yang berjaya yakinkan Pak Haji untuk masuk skim ini…dan ajak dorang join team saya. Bagus sungguh dorang ni! (dalam bab meyakinkan pelanggan aje..)

Apa pengajaran yang anda nampak?

Kita percaya Tuhan yang memberikan kita rezeki. Allah Maha Memberi dan Allah Maha Pemberi Rezeki (Ya Wahhab, Ya Rozzaq). Jawapan Pak Haji untuk sedapakan hatinya “Nak buat macam mana, bukan rezeki kita…redha ajelah.”  Tetapi itulah yang menjadi ironinya, jika kita percaya rezeki kita terletak di tangan Allah; maka TIADA APA YANG PERLU KITA TAKUTKAN JIKA IA AKAN HILANG ATAU RUGI. Jika sudah tertulis rezeki  (dalam kes ini: “wang”) tidak akan hilang jika beliau laburkan dalam unit amanah suatu masa dahulu, maka ia tidak akan hilang. Sebaliknya jika sudah tertulis jika wang tersebut akan hilang walaupun Pak Haji simpan dalam peti besi yang tertanam dalam konkrit 5 kaki dari paras laut pun, ia akan tetap hilang.

Maksudnya di sini pelaburan unit amanah yang kita buat itu adalah IKHTIAR kita untuk mendapat rezeki lebih; jika kita REDHA dan TAWAKKAL bahawa keuntungan itu sudah tertulis bagi kita, kenapa perlu takut?
Klik sini untuk mulakan pelaburan dalam unit amanah.


Tag Popular (Klik di sini)

Copyright © 1996-2010 Kerjaya Pelaburan | Unit Amanah | Unit Trust. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress