Believe System

Formula Kejayaan Individu: Suatu Kupasan…

Saya amat meminati dan mengkagumi Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Kata-kata dan idea yang dikongsi melalui segmen Mukmin Professional di Radio IKIM FM  (frekuensi di Johor ialah 106.2 Hz) sering saya ikuti. Di sini saya ingin berkongsi  ilmu-ilmu yang saya perolehi dari salah satu rancangan bertajuk Formula Kejayaan Individu. Terdapat satu petikan persoalan yang sangat menarik perhatian saya.

Walaupun selama 4 tahun menceburi bidang Perancangan Kewangan khususnya Unit Amanah ini, berbagai kursus dan motivasi telah saya hadiri; kupasan dari Ustaz Pahrol kali ini sangat memberi kesan kepada saya. Begitu juga kepada anda di luar sana. Sebenarnya, formula kejayaan yang dikaji oleh para ahli falsafah dan psikologi Barat adalah sama dengan apa yang telah lama terkandung dalam ajaran Islam.

‘Man Jadda wajada’ yang bermaksud barangsiapa yang berusaha, maka dia akan dapat apa yang diusahakannya; dengan izin Allah SWT. Berikut adalah petikan dari rancangan tersebut yang saya muat turun dari laman web IKIM FM (http://www.ikimfm.my) :

Boleh dengar clip rancangan itu di sini. Sila tekan Play.

 

Pemanggil      :      Assalamulalaikum Ustaz. Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi dugaan semakin berat; semakin susah untuk  dihadapi. Adakah itu perkara normal atau saya bersikap negatif dengan apa yang saya hadapi itu?

Ustaz Pahrol  :   Terima kasih kepada semua pemanggil. Saya nak memulakan dengan satu cerita yang ada analogi dan pengajarannya.

Suatu hari seorang lelaki sedang melalui satu jalan. Dia melihat seorang budak sedang tercari-cari sesuatu di bawah lampu (ketika itu malam). 

Lelaki itu pun bertanya kepada budak itu “Apa yang sedang kamu cari sebenarnya di bawah lampu ini?”.

Budak itu berkata “ Saya cari wang saya yang hilang di sini”.

“Wang kamu ini hilang/ jatuh di mana?” tanya si lelaki. Lalu si budak menunjukkan ke satu tempat gelap yang jauh dari situ.

“Eh, wang jatuh di tempat gelap dan jauh dari sini; mengapa pula kamu carinya di sini?!” tanya lelaki dalam keadaan pelik.

“Di sini lebih senang…” jawab budak itu.

Hasil analogi cerita ini ialah si budak itu memang mengetahui duitnya hilang di tempat yang gelap, tetapi beliau masih mencari wang tersebut di tempat yang terang atas alasan di tempat terang itu lebih senang (untuk mencari).  Jadi, budak itu pasti tidak akan jumpa wangnya di situ.

Begitu jugalah di dalam kehidupan kita, kejayaaan kita bukannya berada di ‘comfort zone’ kita (di zon selesa kita). Zon selesa ialah tempat di mana kita berada sekarang; di tempat kita tinggal sekarang. Jadi kita tidak ada pergerakan sebab kita sudah selesa dengan keadaan sekarang. Kita tidak akan buat perubahan, kita tidak akan buat pembaharuan atau transformasi. DI SITU TIDAK AKAN ADA KEJAYAAN.

 

Di manakah kejayaan kita berada sebenarnya?

KEJAYAAN KITA BERADA DI ‘COURAGE ZONE’ KITA (di zon yang mencabar). Seperti seorang bayi yang jika dia selesa dengan terus merangkak, dia tidak akan berjalan. Untuk dia belajar berjalan, dia terpaksa bangun dan jatuh..bangun dan jatuh. Yang itulah ramai orang ‘deny’ atau menafikan, dia tidak mahu melalui proses itu. Proses susah (proses mujahadah) tadi. Jadi bila dia terus duduk di ‘zon selesa’ tadi, maka tiada perubahan. Dia mesti pergi ke ‘zon mencabar’ dan di sana ada kesusahan tetapi di sana ada kejayaan. NO PAIN, NO GAIN.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Jadi kita kena lalui kepahitan mujahadah supaya kita dapat memetik buahnya iaitu kemanisan syurga. Syurga itu ada dua iaitu Jannatul Ajilah (ketika di dunia) dan juga Jannatul Abadiah (semasa di Akhirat). Syurga itu dipagari oleh kesusahan.

Ustaz Pahrol  :   Pemanggil berkata dia telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi makin susah…makin susah. Kalau kita membuat satu perumpamaan, kita mendaki sebuah gunung atau bukit …kita mendaki semakin letih…semakin lama semakin letih. Jadi kenapa?

Rupanya kita belum sampai ke kemuncak lagi! Maksudnya kita tidak ‘pay the price’ (tidak membayar harganya).

 

Kenapa masih tidak berjaya?

Sebab itu dalam kehidupan ini, mengikut pakar-pakar (pakar psychology)  yang sesuai  dengan ajaran Islam; jika kita tidak dapat capai sesuatu perkara yang kita mahu dalam hidup ini ada 2 sebab (yang disebabkan oleh manusia itu sendiri):

  1. Kita tidak benar-benar inginkannya…contoh dialog: “ Saya nak masuk syurga (berjaya, senang, kaya atau apa-apa keinginan anda), tapi kalau tak dapat nak buat macamana…”.

Itu tandanya kita tidak benar-benar inginkannya. Kita tidak ada ‘BURNING DESIRE’. ‘Burning Desire’ (keinginan yang MENYALA-NYALA) itu ibarat bahan api yang menyebabkan kita bergerak.

2.      Kita tidak ‘pay the price’. Kita tidak bayar harga yang dituntut untuk kejayaan itu.

 

Inilah masalah kita semua, kadang-kadang kita rasa semakin kita bergerak terasa semakin berat…kemudian semakin berat ujian itu…

 

Apakah realiti ujian yang kita hadapi?

Sebenarnya, kita sudah bergerak dan tinggal sedikit sahaja lagi tetapi kita tidak nampak pergerakan itu. Kita tidak nampak kerana manusia ini diciptakan sentiasa berada dalam keadaan gopoh-gapah dan keluh kesah. Contohnya,  kalau kita ada sebikar air yang dipanaskan (di atas dapur gas). Air akan mendidih pada suhu 100°C..tetapi bila kita panaskan pada 1°, 2°, 3°C ; sudah berlaku pergerakan molekul. Setiap kali berlaku peningkatan 1°, maka  pergerakan molekul semakin laju.

Dalam pemerhatian mata kasar kita memang tidak nampak. Begitulah sehinggakan sampai pada 99° sekalipun masih belum nampak. Kemudian kita ‘give up’ dan terus padamkan api (“Cukuplah setakat ini…” kata kita).  Padahal, jika kita terus memanaskannya 1? sahaja lagi; maka air itu akan menggelegak dan mendidih.

 

Kesimpulan jawapan?

Kita berusahalah;  berusaha dengan menganggap bahawa apa yang kita usahakan itu BELUM CUKUP LAGI untuk ‘PAY THE PRICE’ ataupun MEMBAYAR HARGA KEJAYAAN kita. Dan insyaAllah, Allah SWT Maha Sayang kepada kita. Happiness (kebahagian) atau kejayaan bukan berada di hujung jalan, tetapi ‘along the road’ (sejauh perjalanan tersebut). Walaupun mujahadah itu pahit, tetapi ada kemanisan yang Allah akan bagi hidayah dan ketenangan kepada kita; biarpun sukar tetapi  ada ketenangannya. Jika mendaki gunung dan belum sampai lagi (ke kemuncak), maka teruskan pendakian sehingga ke puncaknya.

Saya mencari anda yang mempunyai tekad untuk berjaya dan mengubah hidup seterusnya. Jika anda adalah orang yang saya cari dan mempunyai ciri-ciri di atas, sila klik di sini.

Jika anda berminat untuk menyertai saya sebagai Perunding Unit Amanah, Hubungi saya.


Nekad Untuk Mengubah Hidup

Merungkap kembali sejarah kepahlawanan dan kebijaksanaan Panglima Tentera Islam yang bertekad untuk menyebarkan Islam ke seluruh bumi Eropah sekitar tahun 97 Hijrah (lebih kurang tahun 700 Masihi). Itulah dia Thariq Bin Ziyad.

Thariq bin Ziyad memimpin sebuah angkatan perang seramai 12 belas ribu orang yang dimuatkan dalam 12 kapal perang bagi menawan Andalusia (Sepanyol) serta membebaskan rakyat negara itu daripada penindasan Raja Gothic yang dipimpin oleh Roderick yang zalim. Panjang kisahnya lagi namun apa yang menjadi bualan sehingga ke hari ini adalah tindakan berani dan nekad yang diambil oleh Panglima Tentera Islam ini. Sebaik sahaja tiba di bumi Sepanyol (tempat mendarat ini dinamakan Jabal Thariq tetapi sekarang dikenali sebagai Gibraltar), Thariq Bin Ziyad telah memerintahkan agar kesemua 12 buah kapal perang mereka itu dibakar hangus!

Petikan kisah dari sumber rujukan:

Keesokan harinya setelah solat Subuh berjemaah, Thariq menyuruh pembantunya membakar kesemua kapal mereka. Ramai yang hairan dengan arahan ketua mereka dan ada yang bertanya akan keselamatan mereka kelak. Tidak kurang juga yang bertanya bagaimana mereka akan pulang selepas ini. Lalu Thariq berkata, “Lupakan hasrat kamu semua untuk pulang. Kita datang ke sini demi syahid ataupun kemenangan.”

 Panglima Sufian pula bertanya, “Adakah perkara ini pernah berlaku ketika zaman Rasulullah?Memusnahkan harta dalam peperangan?”, namun dengan tenang Thariq menjawab,”Sudah lupakah kalian dengan Perang Muktah? Dalam perang itu Panglima Jaafar b.Abi Talib yang menggantikan Zaid b.Harithah yang syahid, telah membunuh kudanya dan bertempur sambil berjalan kaki sehingga beliau syahid.”(Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak mencerca perbuatan itu dan ada para ulama berpendapat tindakan itu diambil kerana dikhuatiri harta itu akan jatuh ke tangan musuh) Begitulah juga seperti kapal, tindakan itu sebenarnya untuk menaikkan kembali semangat tentera-tenteranya.

 Kemudian Tariq berpidato, “Saudara-saudaraku, di belakang kita laut, di hadapan kita musuh. Demi Allah kita datang bagi syahid atau mencapai kemenangan.” Mendengar berita tentera Islam membakar kapal-kapal mereka; Roderick, Goted dan askar-askar Gothic mengejek dan mentertawakan perbuatan itu. Mereka mengatakan Thariq sudah gila dan tentera-tentera Islam juga gila kerana akur dengan arahan ketua mereka yang gila. Namun di kalangan mereka ada seorang sahaja yang tidak ketawa, iaitu paderi yang paling tua di situ.

 Apabila ditanyakan mengapa dia tidak ketawa oleh Roderick, paderi itu menjawab bahawa dia tidak merasakan berita itu suatu yang melucukan bahkan dia kagum dan takut mendengar berita itu. Roderick hairan dan bertanya kenapa, lalu paderi itu berkata bahawa kamu semua sepatutnya takut bukannya gembira dengan berita ini. Apabila tentera Islam membakar kapal-kapal mereka sudah tentu mereka hanya tinggal sehelai sepinggang dan mereka pasti berjuang habis-habisan untuk mencapai kemenangan.

Dipetik dari http://korea.amirnet.org

Kisah Benar Bulan Syawal

Study Case 1

En Yamin (bukan nama sebenar) menghubungi saya untuk menjadi Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant atau UTC). “Saya dah bosan dengan kerja saya sekarang…hari-hari berulang tempat kerja yang jauh, bos suruh stay sampai malam, kengkadang kena kerja hari minggu, bla…bla…bla…” katanya.  Saya suruh beliau sediakan segala dokumen yang diperlukan dan silalah berjumpa saya di Johor Bahru Branch. Sungguh mudah, beliau datang dengan penuh semangat bersama dengan segala dokumen yang dipersiapkan lebih awal. Dan beliau sign up pada hari itu juga dan kini telah lulus exam pun. Beliau target untuk menjadi full-timer pada Januari 2012 ini.

Study Case 2

Pn Rahimah (bukan nama sebenar) telah menghubungi saya dan ingin menjadi Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant atau UTC) juga. Beliau sangat teruja ketika bercakap di telefon dan memandangkan beliau kini mengusahakan taska pada sebelah pagi; maka beliau berhasrat untuk fokus pada perniagaan Unit Amanah ini pada sebelah petang dan malamnya. “ Saya suka mencuba sesuatu yang baru, En Zul. Saya nampak sangat perniagaan Unit Amanah ini boleh pergi jauh..” katanya. Tetapi beliau terpaksa tangguhkan dulu proses untuk sign up memandangkan beliau ingin memberi tumpuan kepada anaknya yang akan menduduki UPSR 2 minggu lagi. Beliau berjanji akan menghubungi saya kembali selepas itu. Bila tiba masanya, ini jawapan beliau “Husband saya tak bagilah En Zul..” Saya tersenyum sendirian dan jawab “Ok..”

Ulasan saya

Bertahun saya dalam industri Unit Amanah (Unit Trust) ini dan sudah bermacam-macam jenis orang yang saya telah jumpa. Saya bukanlah jenis yang suka memaksa orang tetapi saya lebih suka untuk encourage orang. Kenapa? Kerana perniagaan ini adalah bisnes anda. Saya hanyalah ibarat kompas kapal anda. Anda harus jadi nakhoda dan anda kena pastikan kapal anda mempunyai bahanapi; setidak-tidaknya pun mempunyai layar untuk bergerak. Bahanapi di sini adalah kemahuan membara (burning desire) anda dan layar pula adalah pendirian (attitude of mind) anda.

Kisah kedua-dua kes di atas berlaku dalam tempoh masa yang sama. Tetapi oleh kerana keputusan yang diambil berbeza; maka hasilnya pun berbeza. Perbezaan yang kecil tetapi mempunyai impak yang sangat besar. En. Yamin telah pun mempunyai 2 orang pelabur dan 2 orang agent yang mendaftar dengannya…apa pula yang berlaku dengan Pn Rahimah? Mungkin masih di tempat yang serupa. Sebenarnya pembaziran telah berlaku; masa dan yang paling utama adalah peluang (opportunity)!

Peluang atau rezeki Allah datang dalam 2 rupa. Pertama ia boleh datang secara terus (direct) kepada manusia dan kedua ia boleh datang dalam bentuk penyamaran (disguise). Jika datang dalam bentuk kedua, ia boleh datang dalam bentuk kekalahan (defeat) tetapi membawa bersama benih-benih kejayaan (seeds of success). Oleh kerana itulah kita tidak harus mengalah sekiranya ditumbangkan sebaliknya cari benih-benih kejayaan di sebalik kegagalan kita itu. Ingatlah, kegagalan itu hanya sementara (temporary defeat). Kaji kelemahan dan kelebihan diri (inilah benih kejayaan), bingkas bangun dan usaha terhadap benih tersebut maka insyaAllah akan berjaya.

Apa yang saya cuba perkatakan di sini adalah beri peluang kepada diri anda untuk meraih kejayaan.  Thariq bin Ziyad  dan tentera-tentera Islam hanya bersenjatakan pedang, tombak dan anak panah manakala askar-askar Gothic pula lengkap berkuda dengan baju besinya. Akhirnya beliau Berjaya dan memerintah Sepanyol (Andalusia). Semangat Thariq bin Ziyad membakar kapal-kapalnya banyak digunakan oleh usahawan-usahawan dalam perniagaan. Terbukti mereka semua mencapai kejayaan yang diidamkan berbekalkan semangat ini.

Saya telah bakar kapal saya, bagaimana pula dengan anda?


FULL TIME ker PART TIME?

Menjelang Ramadhan yang akan menyusul 3 hari lagi, saya terpanggil untuk menulis denyut-denyut ilham yang Allah SWT kurniakan pada saya pagi ini. “Zul, anda kena kongsikan apa yang benar tentang perniagaan Unit Amanah ini…buka minda saudara-saudara anda di luar sana tentang kehebatan perniagaan ini dan buatkan mereka berfikir.”

Itulah ilmu Allah (Unit Amanah), yang dikurniakan sedikit kepada saya yang lemah dan kerdil ini; teringat saya kepada ayat Al-Quran dari Surah berikut yang bermaksud ““Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat?kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat?kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)” (Surah Al?Kahfi [18] : 109)

atau (Surah Luqman [31] : 27)

“Dan seandainya pohon?pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis?habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

 

Kepercayaan dan Keyakinan

Soalan feberet (favourite) yang saya dan rakan seangkatan selalu terima adalah “Boleh ker bisnes ni bagi income sebanyak ini? Macam tak caya jer..” atau “Macamana nak buat, saya dah banyak komitmen nak kena bayar lah setiap bulan..”.

Jawapan saya:

Perniagaan ini, dan segala kerja yang terlibat dalam perniagaan Unit Amanah ini mestilah dijadikan sebagai KARIER. Ya, saya katakan tugas dan tanggungjawab seorang Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant or UTC) mestilah anda jadikan ia sebagai suatu KARIER.

Bagi mereka yang melakukannya secara Part Time, minta maaf dikatakan bahawa anda sekarang menilai atau menganggap ia sebagai BUKAN KARIER; hanya sebagai kerja tambahan untuk mendapatkan income tambahan.

Sebenarnya, bila ia dijadikan sebagai suatu karier, anda PASTI dan PASTI boleh dapat income yang jauh lebih BESAR dari income makan gaji anda sekarang.

 

Fixed Income? Pendapatan Tetap?

Ya, saya bercakap tentang fixed income.  Nak tahu bagaimana, sertailah kami dan jadikan ia karier anda.

Ramadhan ini, saya sudah ada RM4k income jika saya langsung tidak keluar bekerja; malah saya boleh fokus pada amal dan ibadat Ramadhan sahaja! Seronok bukan?

Bukan itu sahaja, jika berada di level Agency Manager anda boleh capai income RM8K hingga RM10K secara TETAP. Apaah lagi jika berada di level Group Agency Manager, income berada pada RM15K hingga RM100K sebulan. Tambahan lagi jika kita cukup cemerlang, income boleh mencapai sehingga RM700K atau RM800K sebulan! WOW! Penipu besar En Zul nih..

TIDAK! Sunguh; saya pernah melihat income mereka yang bergelar JUTAWAN di sini. Telinga saya dengar sendiri sharing ikhlas mereka; masakan tidak saya berani pamerkan figure tersebut untuk jadi inspirasi ramai…

 

Tak Logik?

Hey, Hey, Hey! Di sini kita adalah penentu income kita. NAK atau TAK NAK sahaja?! Mereka sudah buktikan. Kita ikut jejak mereka, kita juga akan dapat. Brian Tracy  once said “Success leaves path, just follow the path and you surely will get the same result as those successors.”

Pendapat peribadi saya:

Saya tersangat rela bekerja keras 3-5 tahun untuk dapatkan income purata RM20K-RM30K sebulan daripada bekerja 20-30 tahun dari makan gaji untuk dapatkan income tersebut (itupun kalau dapat jadi Managing Director atau CEO company lah!).

Saya bukan nak seduce pembaca di luar sanatetapi inilah realitinya. Saya mahu anda keluar dari RAT RACE. Ibarat hamster yang terus berlari dalam roda pusingannya. Kita kena keluar dari roda pusingan, jika tidak kita akan terus berjalan atau berlari dalam roda itu juga selamanya. Perniagaan memberikan  kita 99% peluang rezeki, tidak kira perniagaan apa yang anda buat.

Inilah perniagaan yang MURAH, SELAMAT dan BERPANJANGAN. Melalui perniagaan ini juga anda akan bertemu dengan banyak peluang lain. Inilah karier kita!

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Pernah Dengar Cerita Larian 4-Minit-Sebatu (Four-Minute Mile)?

Suatu kisah pada tahun 1954; Roger Bannister adalah seorang pelajar jurusan kedoktoran di England. Pada zaman itu sekitar tahun 1950-an para doktor percaya bahawa tidak akan ada manusia yang boleh membuat larian 4-minit-sebatu. Sehinggakan ada satu artikel yang disiarkan dalam jurnal perubatan Amerika yang mengatakan bahawa jika seorang manusia memaksa badannya ke suatu tahap sehingga 4-minit-sebatu, jantung beliau akan meletup di dalam badannya sendiri.

Maka bayangkan Bannister yang sedang melepak dengan rakan sekelas perubatannya berkata “Hey, aku boleh lakukannya! Aku makan dengan sempurna. Aku berlatih dengan kuat. Aku boleh lakukannya!” Bagaimana anda fikir jawapan rakannya? Mungkin berkata, “Ko gila ke! Ko tak baca jurnal tu ke? Jantung ko akan meletop!!” Suatu kerja yang tidak mungkin berfaedah bukan? Baiklah, Bannister buat pada 1954 dan pecahkan rekod larian 4-minit-sebatu. Kemudian apa yang anda fikir akan berlaku? Tahun berikutnya, 37 orang lain pula pecahkan rekod larian 4-minit-sebatu, dan tahun berikutnya lagi, lebih 200 orang pecahkan rekod larian 4-minit-sebatu! Sekarang, sudah tentu, budak sekolah menengah pun boleh berlari 4-minit-sebatu dalam merentas desa.

Apakah sebenarnya berlaku pada 1954 ini? Ya betul, inilah sistem kepercayaan. Bannister lakukan apa yang tiada seorang pun percaya ia boleh dilakukan, dan orang berkata  “Wey, kalau dia boleh lakukan, aku pun boleh!”. Mereka telah menukar kepercayaan pada apa yang boleh mereka lakukan. Balik pada zaman sekarang, Cuba lihat tagline “MALAYSIA BOLEH!” Anda fikir kenapa?

Kepercayaan andalah yang menggerakkan tingkah-laku anda. Anda tidak akan boleh memaksa diri untuk lakukan sesuatu yang anda sendiri percaya ia tidak boleh lakukan. You cannot get yourself to do something you don’t believe is possible. Jika anda TIDAK PERCAYA yang anda BOLEH dapat income RM13,459 sebulan, anda secara automatik tidak akan lakukan perkara yang sepatutnya untuk mendapatkan income tersebut. Jika anda TIDAK PERCAYA yang perniagaan ini BOLEH MEMBERIKAN APA YANG TIDAK PERNAH ANDA DAPAT SEBELUM INI, anda secara automatiknya tidak akan mengatur langkah dan buat apa yang sepatutnya anda buat. Jika anda TIDAK PERCAYA yang anda BOLEH mempunyai hubungan yang berjaya dengan seseorang, maka anda tidak akan lakukan sesuatu yang perlu untuk mengakrabkan hubungan tersebut.

Apakah kepercayaan anda dalam perniagaan ini? Ramai yang berjaya dan tak kurang pula yang gagal dalam perniagaan ini. Mereka yang berjaya sudah tentulah mempunyai sistem kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap perniagaan ini; dan apa pula kepercayaan mereka yang gagal? Sebenarnya, bila kita mempunyai kepercayaan yang SANGAT UTUH terhadap apa yang kita percaya dan lakukan, kita tetap akan teguh berdiri walaupun apa rintangan yang datang kepada kita.

Mereka yang gagal adalah kerana kepercayaan mereka telah DIHAKIS sedikit demi sedikit dengan rintangan yang menimpa mereka. Cara terbaik untuk menghalang hakisan ini adalah dengan – MEMPERCAYAI SESUATU YANG POSITIF. Ini kerana tiada siapa yang boleh mempersoalkan kepercayaan anda…jika anda PERCAYA anda BERJAYA, itu adalah BETUL dan jika anda PERCAYA anda TIDAK AKAN BERJAYA, itu juga adalah BETUL untuk anda. Telah terbukti, mereka yang BERFIKIRAN POSITIF akan BERJAYA. Jadi fikiran yang bagaimana harus anda ikut??

Jika anda PERCAYA anda BOLEH BERJAYA dalam perniagaan Unit Amanah ini, klik di sini.

Jika anda PERCAYA anda akan MENJANA PENDAPATAN YANG ANDA MAHUKAN, klik di sini.

Jika anda PERCAYA anda MEMIMPIN AGENSI YANG MEMPUNYAI 389 ORANG AGEN, klik di sini.

You decide what you want!

Tonton video Larian 4-Minit-Sebatu Roger Bennister:


Tag Popular (Klik di sini)

Copyright © 1996-2010 Kerjaya Pelaburan | Unit Amanah | Unit Trust. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress