Training

Formula Kejayaan Individu: Suatu Kupasan…

Saya amat meminati dan mengkagumi Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Kata-kata dan idea yang dikongsi melalui segmen Mukmin Professional di Radio IKIM FM  (frekuensi di Johor ialah 106.2 Hz) sering saya ikuti. Di sini saya ingin berkongsi  ilmu-ilmu yang saya perolehi dari salah satu rancangan bertajuk Formula Kejayaan Individu. Terdapat satu petikan persoalan yang sangat menarik perhatian saya.

Walaupun selama 4 tahun menceburi bidang Perancangan Kewangan khususnya Unit Amanah ini, berbagai kursus dan motivasi telah saya hadiri; kupasan dari Ustaz Pahrol kali ini sangat memberi kesan kepada saya. Begitu juga kepada anda di luar sana. Sebenarnya, formula kejayaan yang dikaji oleh para ahli falsafah dan psikologi Barat adalah sama dengan apa yang telah lama terkandung dalam ajaran Islam.

‘Man Jadda wajada’ yang bermaksud barangsiapa yang berusaha, maka dia akan dapat apa yang diusahakannya; dengan izin Allah SWT. Berikut adalah petikan dari rancangan tersebut yang saya muat turun dari laman web IKIM FM (http://www.ikimfm.my) :

Boleh dengar clip rancangan itu di sini. Sila tekan Play.

 

Pemanggil      :      Assalamulalaikum Ustaz. Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi dugaan semakin berat; semakin susah untuk  dihadapi. Adakah itu perkara normal atau saya bersikap negatif dengan apa yang saya hadapi itu?

Ustaz Pahrol  :   Terima kasih kepada semua pemanggil. Saya nak memulakan dengan satu cerita yang ada analogi dan pengajarannya.

Suatu hari seorang lelaki sedang melalui satu jalan. Dia melihat seorang budak sedang tercari-cari sesuatu di bawah lampu (ketika itu malam). 

Lelaki itu pun bertanya kepada budak itu “Apa yang sedang kamu cari sebenarnya di bawah lampu ini?”.

Budak itu berkata “ Saya cari wang saya yang hilang di sini”.

“Wang kamu ini hilang/ jatuh di mana?” tanya si lelaki. Lalu si budak menunjukkan ke satu tempat gelap yang jauh dari situ.

“Eh, wang jatuh di tempat gelap dan jauh dari sini; mengapa pula kamu carinya di sini?!” tanya lelaki dalam keadaan pelik.

“Di sini lebih senang…” jawab budak itu.

Hasil analogi cerita ini ialah si budak itu memang mengetahui duitnya hilang di tempat yang gelap, tetapi beliau masih mencari wang tersebut di tempat yang terang atas alasan di tempat terang itu lebih senang (untuk mencari).  Jadi, budak itu pasti tidak akan jumpa wangnya di situ.

Begitu jugalah di dalam kehidupan kita, kejayaaan kita bukannya berada di ‘comfort zone’ kita (di zon selesa kita). Zon selesa ialah tempat di mana kita berada sekarang; di tempat kita tinggal sekarang. Jadi kita tidak ada pergerakan sebab kita sudah selesa dengan keadaan sekarang. Kita tidak akan buat perubahan, kita tidak akan buat pembaharuan atau transformasi. DI SITU TIDAK AKAN ADA KEJAYAAN.

 

Di manakah kejayaan kita berada sebenarnya?

KEJAYAAN KITA BERADA DI ‘COURAGE ZONE’ KITA (di zon yang mencabar). Seperti seorang bayi yang jika dia selesa dengan terus merangkak, dia tidak akan berjalan. Untuk dia belajar berjalan, dia terpaksa bangun dan jatuh..bangun dan jatuh. Yang itulah ramai orang ‘deny’ atau menafikan, dia tidak mahu melalui proses itu. Proses susah (proses mujahadah) tadi. Jadi bila dia terus duduk di ‘zon selesa’ tadi, maka tiada perubahan. Dia mesti pergi ke ‘zon mencabar’ dan di sana ada kesusahan tetapi di sana ada kejayaan. NO PAIN, NO GAIN.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Jadi kita kena lalui kepahitan mujahadah supaya kita dapat memetik buahnya iaitu kemanisan syurga. Syurga itu ada dua iaitu Jannatul Ajilah (ketika di dunia) dan juga Jannatul Abadiah (semasa di Akhirat). Syurga itu dipagari oleh kesusahan.

Ustaz Pahrol  :   Pemanggil berkata dia telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi makin susah…makin susah. Kalau kita membuat satu perumpamaan, kita mendaki sebuah gunung atau bukit …kita mendaki semakin letih…semakin lama semakin letih. Jadi kenapa?

Rupanya kita belum sampai ke kemuncak lagi! Maksudnya kita tidak ‘pay the price’ (tidak membayar harganya).

 

Kenapa masih tidak berjaya?

Sebab itu dalam kehidupan ini, mengikut pakar-pakar (pakar psychology)  yang sesuai  dengan ajaran Islam; jika kita tidak dapat capai sesuatu perkara yang kita mahu dalam hidup ini ada 2 sebab (yang disebabkan oleh manusia itu sendiri):

  1. Kita tidak benar-benar inginkannya…contoh dialog: “ Saya nak masuk syurga (berjaya, senang, kaya atau apa-apa keinginan anda), tapi kalau tak dapat nak buat macamana…”.

Itu tandanya kita tidak benar-benar inginkannya. Kita tidak ada ‘BURNING DESIRE’. ‘Burning Desire’ (keinginan yang MENYALA-NYALA) itu ibarat bahan api yang menyebabkan kita bergerak.

2.      Kita tidak ‘pay the price’. Kita tidak bayar harga yang dituntut untuk kejayaan itu.

 

Inilah masalah kita semua, kadang-kadang kita rasa semakin kita bergerak terasa semakin berat…kemudian semakin berat ujian itu…

 

Apakah realiti ujian yang kita hadapi?

Sebenarnya, kita sudah bergerak dan tinggal sedikit sahaja lagi tetapi kita tidak nampak pergerakan itu. Kita tidak nampak kerana manusia ini diciptakan sentiasa berada dalam keadaan gopoh-gapah dan keluh kesah. Contohnya,  kalau kita ada sebikar air yang dipanaskan (di atas dapur gas). Air akan mendidih pada suhu 100°C..tetapi bila kita panaskan pada 1°, 2°, 3°C ; sudah berlaku pergerakan molekul. Setiap kali berlaku peningkatan 1°, maka  pergerakan molekul semakin laju.

Dalam pemerhatian mata kasar kita memang tidak nampak. Begitulah sehinggakan sampai pada 99° sekalipun masih belum nampak. Kemudian kita ‘give up’ dan terus padamkan api (“Cukuplah setakat ini…” kata kita).  Padahal, jika kita terus memanaskannya 1? sahaja lagi; maka air itu akan menggelegak dan mendidih.

 

Kesimpulan jawapan?

Kita berusahalah;  berusaha dengan menganggap bahawa apa yang kita usahakan itu BELUM CUKUP LAGI untuk ‘PAY THE PRICE’ ataupun MEMBAYAR HARGA KEJAYAAN kita. Dan insyaAllah, Allah SWT Maha Sayang kepada kita. Happiness (kebahagian) atau kejayaan bukan berada di hujung jalan, tetapi ‘along the road’ (sejauh perjalanan tersebut). Walaupun mujahadah itu pahit, tetapi ada kemanisan yang Allah akan bagi hidayah dan ketenangan kepada kita; biarpun sukar tetapi  ada ketenangannya. Jika mendaki gunung dan belum sampai lagi (ke kemuncak), maka teruskan pendakian sehingga ke puncaknya.

Saya mencari anda yang mempunyai tekad untuk berjaya dan mengubah hidup seterusnya. Jika anda adalah orang yang saya cari dan mempunyai ciri-ciri di atas, sila klik di sini.

Jika anda berminat untuk menyertai saya sebagai Perunding Unit Amanah, Hubungi saya.


Ramadhan dan Bisnes Kita

Alhamdulillah. Telah selamat kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan kita juga telah pun selamat meraikan kejayaan puasa kita di Hari Aidilfitri. Ganjaran yang tak terkira banyaknya diberi oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan tersebut di’extend’kan lagi dengan 6 hari puasa sunat Syawal; maka puasa yang kita lakukan sebanyak 35 hari (29 + 6) ini akan berkadaran dengan setahun berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun”

(HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Lihatlah manusia, betapa Pemurahnya pencipta mu.

 

Pengajaran dari Ramadhan

Saya terpanggil untuk berkongsi fikiran tentang Ramadhan ini. Ramadhan adalah sebuah institusi (ibarat Universiti lah lebih kurang..) di mana kita memasukinya selama sebulan (saya rasa semua orang tahu kot!), kita buat macam-macam amal di dalamnya. Kita giat membaca, mendengar dan buat amali di dalam institusi ini. Kenapa dan apakah impaknya?

Sebenarnya amalan Ramadhan inilah yang akan membentuk kelakuan (behaviour) dan tindakan (action) kita untuk sebelas bulan berikutnya. Pendek kata, segala perbuatan kita di dalam sebulan akan terpancar ke dalam sebelas bulan yang akan datang seperti kita lihat suatu slaid ‘presentation’ Powerpoint  yang dipancarkan ke layar putih. Jika kita rajin melakukan amal ibadah, insyaAllah kita akan mampu melakukan ibadah tersebut selepas Ramadhan. Itulah fungsi Ramadhan yang dapat saya tafsirkan.

 

Apa kaitannya dengan kerjaya ini?

Manusia is creature of habits. Jika kita memerlukan institusi Ramadhan untuk Berjaya dalam bulan-bulan berikutnya begitulah juga jika kita mahu Berjaya dalam  bidang perniagaan ini. Kita perlukan institusi. Kita perlukan latihan. Kita perlukan kekuatan, ketahanan diri  yang paling penting adalah ISTIQAMAH (consistency).

Saya percaya jika kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menambah baik ilmu serta kemahiran dalam perniagaan unit amanah ini, pasti akan ada kebaikan yang akan menyusul daripada tindak-tanduk kita itu. Walaupun tindakan kita itu tidaklah sebesar mana tetapi ia pasti akan member impak kepada perniagaan anda.

 

Anda perlu komited dengan perniagaan anda!

Anda tahu anda tidak mempunyai ilmu, carilah. Bertanyalah. Hadiri kursus yang disediakan.

Anda tahu anda malu untuk berkomunikasi, berlatihlah bercakap. Berlatih untuk senyum di depan cermin. Bercakaplah pada diri sendiri di depan cermin.

Anda rasa anda lemah kerana berseorangan? Rekrutlah. Cari pasangan. Lahirkan anak didik anda. Bina team/group anda.

Anda rasa down? Dampingi mereka yang Berjaya. Hadiri seminar motivasi dan workshop yang disediakan syarikat.

INI BISNES ANDA. Bisnes anda perlukan komitmen ini dari anda. Anda bukanlah membuat sesuatu yang sia-sia malah anda menambah-baik bisnes anda. Tak rugi pun. Ilmu bertambah, confident makin tinggi, bisnes semakin mantap. Anda tak mahu ke semua ini?

 

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI,

MAAF ZAHIR BATIN.


Harga Sebuah Kejayaan

Salam semua rakan bisnes.

Dalam industri Unit Amanah ini, kejayaan anda untuk close sale sebenarnya SANGAT BERGANTUNG kepada bagaimana anda menjawab soalan / menghuraikan persoalan yangg diajukan oleh pelanggan. Jika anda dapat menjawab dengan professional, maka customer akan berani untuk meletakkan wangnya dengan anda. Mereka akan letak kepercayaan pada anda.

Tiada ada yang perlu ditakutkan oleh anda! Jawapan anda pasti sama dengan jawapan saya…juga sama dengan jawapan Perunding Unit Amanah lain. Semua sama. Kita berkongsi maklumat yang sama. Kita menggunakan periuk nasi yang sama. Cuma bezanya adalah samada anda seorang yang BERINFORMASI atau TIDAK. Itu sahaja!!

Oleh kerana itulah saya menekankan betapa pentingnya anda menghadiri Training dan juga Seminar yang dikendalikan oleh Public Mutual dan juga dari Group Agency anda sendiri. Semuanya adalah supaya INFORMASI dan SKIL itu dapat disalurkan dengan lebih tepat dan mudah.Tiada paksaan kerana anda semua telah dewasa dan boleh berfikir sendiri. Sedangkan jika anda bekerja dengan Kerajaan mahupun Swasta, anda akan dipaksa untuk menghadiri kursus utk memantapkan skil anda…atau adakah anda fikir Kerajaan atau Swasta menghantar anda hanya untuk makan angin sahaja?

Dalam dunia bisnes, ilmu pengetahuan dan juga skil tidak akan disuap ke mulut anda. Anda yang harus mencarinya. Anda jugalah yang akan melatihnya. Semuanya adalah anda. It’s totally about you. Banyak sumber yang boleh didapati misalnya dari pembacaan buku tentang kewangan dan juga tentang kejayaan.

Saya suatu ketika dulu pun tidak gemar membaca…buku adalah ubat tidur; baca 5 minit akan terus terlelap. Tetapi saya ubah persepsi saya terhadap pembacaan. Saya baca buku kerana saya ingin dapatkan suatu ilmu baru dalam buku tersebut (dan tentulah ianya bukan majalah hiburan atau komik!). Ilmu nyata yang saya akan gunakan dalam menjalani kehidupan saya.

Cuba lihat bagaimana saya memulakan bisnes ini (tahun 2007). Saya menghadiri semua kursus yang akan menyediakan saya dengan informasi dan melatih kemahiran saya..walaupun kursus tersebut kursus wajib untuk level manager sekalipun. Apa yang penting saya mahukan ilmu yang belum saya ada; tengok silibus dan daftar untuk training tersebut. Bidang bisnes memerlukan orang yang kreatif dan juga bertatasusila.

Bagaimana pula dengan anda? Jangan menyalahkan bisnes anda jika anda tidak berjaya atau semakin merudum. Tiada siapa yang lebih bersalah selain dari diri sendiri. Mahu seribu Jalan, tidak mahu seribu alasan.

Training kita sebenarnya tidaklah seteruk training seperti di dalam video ini. Tetapi apa yang mahu dikatakan adalah anda pasti tidak akan berjaya atau cemerlang tanpa latihan yang kental. Itulah harga sebuah kejayaan.

*Walau berada di tempat kedua selepas USA dari segi pungutan pingat keseluruhan tetapi China menyapu 51 emas (terbanyak) berbanding 36 emas sahaja oleh USA. Saya kagum dengan semangat jitu China merebut emas kerana mengatakan “Memenangi sebutir pingat emas adalah wajib kerana sebutir pingat emas bersamaan 1000 pingat perak.”


Tag Popular (Klik di sini)

Copyright © 1996-2010 Kerjaya Pelaburan | Unit Amanah | Unit Trust. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress