Tag: kejayaan

Formula Kejayaan Individu: Suatu Kupasan…

Saya amat meminati dan mengkagumi Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Kata-kata dan idea yang dikongsi melalui segmen Mukmin Professional di Radio IKIM FM  (frekuensi di Johor ialah 106.2 Hz) sering saya ikuti. Di sini saya ingin berkongsi  ilmu-ilmu yang saya perolehi dari salah satu rancangan bertajuk Formula Kejayaan Individu. Terdapat satu petikan persoalan yang sangat menarik perhatian saya.

Walaupun selama 4 tahun menceburi bidang Perancangan Kewangan khususnya Unit Amanah ini, berbagai kursus dan motivasi telah saya hadiri; kupasan dari Ustaz Pahrol kali ini sangat memberi kesan kepada saya. Begitu juga kepada anda di luar sana. Sebenarnya, formula kejayaan yang dikaji oleh para ahli falsafah dan psikologi Barat adalah sama dengan apa yang telah lama terkandung dalam ajaran Islam.

‘Man Jadda wajada’ yang bermaksud barangsiapa yang berusaha, maka dia akan dapat apa yang diusahakannya; dengan izin Allah SWT. Berikut adalah petikan dari rancangan tersebut yang saya muat turun dari laman web IKIM FM (http://www.ikimfm.my) :

Boleh dengar clip rancangan itu di sini. Sila tekan Play.

 

Pemanggil      :      Assalamulalaikum Ustaz. Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi dugaan semakin berat; semakin susah untuk  dihadapi. Adakah itu perkara normal atau saya bersikap negatif dengan apa yang saya hadapi itu?

Ustaz Pahrol  :   Terima kasih kepada semua pemanggil. Saya nak memulakan dengan satu cerita yang ada analogi dan pengajarannya.

Suatu hari seorang lelaki sedang melalui satu jalan. Dia melihat seorang budak sedang tercari-cari sesuatu di bawah lampu (ketika itu malam). 

Lelaki itu pun bertanya kepada budak itu “Apa yang sedang kamu cari sebenarnya di bawah lampu ini?”.

Budak itu berkata “ Saya cari wang saya yang hilang di sini”.

“Wang kamu ini hilang/ jatuh di mana?” tanya si lelaki. Lalu si budak menunjukkan ke satu tempat gelap yang jauh dari situ.

“Eh, wang jatuh di tempat gelap dan jauh dari sini; mengapa pula kamu carinya di sini?!” tanya lelaki dalam keadaan pelik.

“Di sini lebih senang…” jawab budak itu.

Hasil analogi cerita ini ialah si budak itu memang mengetahui duitnya hilang di tempat yang gelap, tetapi beliau masih mencari wang tersebut di tempat yang terang atas alasan di tempat terang itu lebih senang (untuk mencari).  Jadi, budak itu pasti tidak akan jumpa wangnya di situ.

Begitu jugalah di dalam kehidupan kita, kejayaaan kita bukannya berada di ‘comfort zone’ kita (di zon selesa kita). Zon selesa ialah tempat di mana kita berada sekarang; di tempat kita tinggal sekarang. Jadi kita tidak ada pergerakan sebab kita sudah selesa dengan keadaan sekarang. Kita tidak akan buat perubahan, kita tidak akan buat pembaharuan atau transformasi. DI SITU TIDAK AKAN ADA KEJAYAAN.

 

Di manakah kejayaan kita berada sebenarnya?

KEJAYAAN KITA BERADA DI ‘COURAGE ZONE’ KITA (di zon yang mencabar). Seperti seorang bayi yang jika dia selesa dengan terus merangkak, dia tidak akan berjalan. Untuk dia belajar berjalan, dia terpaksa bangun dan jatuh..bangun dan jatuh. Yang itulah ramai orang ‘deny’ atau menafikan, dia tidak mahu melalui proses itu. Proses susah (proses mujahadah) tadi. Jadi bila dia terus duduk di ‘zon selesa’ tadi, maka tiada perubahan. Dia mesti pergi ke ‘zon mencabar’ dan di sana ada kesusahan tetapi di sana ada kejayaan. NO PAIN, NO GAIN.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Jadi kita kena lalui kepahitan mujahadah supaya kita dapat memetik buahnya iaitu kemanisan syurga. Syurga itu ada dua iaitu Jannatul Ajilah (ketika di dunia) dan juga Jannatul Abadiah (semasa di Akhirat). Syurga itu dipagari oleh kesusahan.

Ustaz Pahrol  :   Pemanggil berkata dia telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi makin susah…makin susah. Kalau kita membuat satu perumpamaan, kita mendaki sebuah gunung atau bukit …kita mendaki semakin letih…semakin lama semakin letih. Jadi kenapa?

Rupanya kita belum sampai ke kemuncak lagi! Maksudnya kita tidak ‘pay the price’ (tidak membayar harganya).

 

Kenapa masih tidak berjaya?

Sebab itu dalam kehidupan ini, mengikut pakar-pakar (pakar psychology)  yang sesuai  dengan ajaran Islam; jika kita tidak dapat capai sesuatu perkara yang kita mahu dalam hidup ini ada 2 sebab (yang disebabkan oleh manusia itu sendiri):

  1. Kita tidak benar-benar inginkannya…contoh dialog: “ Saya nak masuk syurga (berjaya, senang, kaya atau apa-apa keinginan anda), tapi kalau tak dapat nak buat macamana…”.

Itu tandanya kita tidak benar-benar inginkannya. Kita tidak ada ‘BURNING DESIRE’. ‘Burning Desire’ (keinginan yang MENYALA-NYALA) itu ibarat bahan api yang menyebabkan kita bergerak.

2.      Kita tidak ‘pay the price’. Kita tidak bayar harga yang dituntut untuk kejayaan itu.

 

Inilah masalah kita semua, kadang-kadang kita rasa semakin kita bergerak terasa semakin berat…kemudian semakin berat ujian itu…

 

Apakah realiti ujian yang kita hadapi?

Sebenarnya, kita sudah bergerak dan tinggal sedikit sahaja lagi tetapi kita tidak nampak pergerakan itu. Kita tidak nampak kerana manusia ini diciptakan sentiasa berada dalam keadaan gopoh-gapah dan keluh kesah. Contohnya,  kalau kita ada sebikar air yang dipanaskan (di atas dapur gas). Air akan mendidih pada suhu 100°C..tetapi bila kita panaskan pada 1°, 2°, 3°C ; sudah berlaku pergerakan molekul. Setiap kali berlaku peningkatan 1°, maka  pergerakan molekul semakin laju.

Dalam pemerhatian mata kasar kita memang tidak nampak. Begitulah sehinggakan sampai pada 99° sekalipun masih belum nampak. Kemudian kita ‘give up’ dan terus padamkan api (“Cukuplah setakat ini…” kata kita).  Padahal, jika kita terus memanaskannya 1? sahaja lagi; maka air itu akan menggelegak dan mendidih.

 

Kesimpulan jawapan?

Kita berusahalah;  berusaha dengan menganggap bahawa apa yang kita usahakan itu BELUM CUKUP LAGI untuk ‘PAY THE PRICE’ ataupun MEMBAYAR HARGA KEJAYAAN kita. Dan insyaAllah, Allah SWT Maha Sayang kepada kita. Happiness (kebahagian) atau kejayaan bukan berada di hujung jalan, tetapi ‘along the road’ (sejauh perjalanan tersebut). Walaupun mujahadah itu pahit, tetapi ada kemanisan yang Allah akan bagi hidayah dan ketenangan kepada kita; biarpun sukar tetapi  ada ketenangannya. Jika mendaki gunung dan belum sampai lagi (ke kemuncak), maka teruskan pendakian sehingga ke puncaknya.

Saya mencari anda yang mempunyai tekad untuk berjaya dan mengubah hidup seterusnya. Jika anda adalah orang yang saya cari dan mempunyai ciri-ciri di atas, sila klik di sini.

Jika anda berminat untuk menyertai saya sebagai Perunding Unit Amanah, Hubungi saya.


Nekad Untuk Mengubah Hidup

Merungkap kembali sejarah kepahlawanan dan kebijaksanaan Panglima Tentera Islam yang bertekad untuk menyebarkan Islam ke seluruh bumi Eropah sekitar tahun 97 Hijrah (lebih kurang tahun 700 Masihi). Itulah dia Thariq Bin Ziyad.

Thariq bin Ziyad memimpin sebuah angkatan perang seramai 12 belas ribu orang yang dimuatkan dalam 12 kapal perang bagi menawan Andalusia (Sepanyol) serta membebaskan rakyat negara itu daripada penindasan Raja Gothic yang dipimpin oleh Roderick yang zalim. Panjang kisahnya lagi namun apa yang menjadi bualan sehingga ke hari ini adalah tindakan berani dan nekad yang diambil oleh Panglima Tentera Islam ini. Sebaik sahaja tiba di bumi Sepanyol (tempat mendarat ini dinamakan Jabal Thariq tetapi sekarang dikenali sebagai Gibraltar), Thariq Bin Ziyad telah memerintahkan agar kesemua 12 buah kapal perang mereka itu dibakar hangus!

Petikan kisah dari sumber rujukan:

Keesokan harinya setelah solat Subuh berjemaah, Thariq menyuruh pembantunya membakar kesemua kapal mereka. Ramai yang hairan dengan arahan ketua mereka dan ada yang bertanya akan keselamatan mereka kelak. Tidak kurang juga yang bertanya bagaimana mereka akan pulang selepas ini. Lalu Thariq berkata, “Lupakan hasrat kamu semua untuk pulang. Kita datang ke sini demi syahid ataupun kemenangan.”

 Panglima Sufian pula bertanya, “Adakah perkara ini pernah berlaku ketika zaman Rasulullah?Memusnahkan harta dalam peperangan?”, namun dengan tenang Thariq menjawab,”Sudah lupakah kalian dengan Perang Muktah? Dalam perang itu Panglima Jaafar b.Abi Talib yang menggantikan Zaid b.Harithah yang syahid, telah membunuh kudanya dan bertempur sambil berjalan kaki sehingga beliau syahid.”(Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak mencerca perbuatan itu dan ada para ulama berpendapat tindakan itu diambil kerana dikhuatiri harta itu akan jatuh ke tangan musuh) Begitulah juga seperti kapal, tindakan itu sebenarnya untuk menaikkan kembali semangat tentera-tenteranya.

 Kemudian Tariq berpidato, “Saudara-saudaraku, di belakang kita laut, di hadapan kita musuh. Demi Allah kita datang bagi syahid atau mencapai kemenangan.” Mendengar berita tentera Islam membakar kapal-kapal mereka; Roderick, Goted dan askar-askar Gothic mengejek dan mentertawakan perbuatan itu. Mereka mengatakan Thariq sudah gila dan tentera-tentera Islam juga gila kerana akur dengan arahan ketua mereka yang gila. Namun di kalangan mereka ada seorang sahaja yang tidak ketawa, iaitu paderi yang paling tua di situ.

 Apabila ditanyakan mengapa dia tidak ketawa oleh Roderick, paderi itu menjawab bahawa dia tidak merasakan berita itu suatu yang melucukan bahkan dia kagum dan takut mendengar berita itu. Roderick hairan dan bertanya kenapa, lalu paderi itu berkata bahawa kamu semua sepatutnya takut bukannya gembira dengan berita ini. Apabila tentera Islam membakar kapal-kapal mereka sudah tentu mereka hanya tinggal sehelai sepinggang dan mereka pasti berjuang habis-habisan untuk mencapai kemenangan.

Dipetik dari http://korea.amirnet.org

Kisah Benar Bulan Syawal

Study Case 1

En Yamin (bukan nama sebenar) menghubungi saya untuk menjadi Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant atau UTC). “Saya dah bosan dengan kerja saya sekarang…hari-hari berulang tempat kerja yang jauh, bos suruh stay sampai malam, kengkadang kena kerja hari minggu, bla…bla…bla…” katanya.  Saya suruh beliau sediakan segala dokumen yang diperlukan dan silalah berjumpa saya di Johor Bahru Branch. Sungguh mudah, beliau datang dengan penuh semangat bersama dengan segala dokumen yang dipersiapkan lebih awal. Dan beliau sign up pada hari itu juga dan kini telah lulus exam pun. Beliau target untuk menjadi full-timer pada Januari 2012 ini.

Study Case 2

Pn Rahimah (bukan nama sebenar) telah menghubungi saya dan ingin menjadi Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant atau UTC) juga. Beliau sangat teruja ketika bercakap di telefon dan memandangkan beliau kini mengusahakan taska pada sebelah pagi; maka beliau berhasrat untuk fokus pada perniagaan Unit Amanah ini pada sebelah petang dan malamnya. “ Saya suka mencuba sesuatu yang baru, En Zul. Saya nampak sangat perniagaan Unit Amanah ini boleh pergi jauh..” katanya. Tetapi beliau terpaksa tangguhkan dulu proses untuk sign up memandangkan beliau ingin memberi tumpuan kepada anaknya yang akan menduduki UPSR 2 minggu lagi. Beliau berjanji akan menghubungi saya kembali selepas itu. Bila tiba masanya, ini jawapan beliau “Husband saya tak bagilah En Zul..” Saya tersenyum sendirian dan jawab “Ok..”

Ulasan saya

Bertahun saya dalam industri Unit Amanah (Unit Trust) ini dan sudah bermacam-macam jenis orang yang saya telah jumpa. Saya bukanlah jenis yang suka memaksa orang tetapi saya lebih suka untuk encourage orang. Kenapa? Kerana perniagaan ini adalah bisnes anda. Saya hanyalah ibarat kompas kapal anda. Anda harus jadi nakhoda dan anda kena pastikan kapal anda mempunyai bahanapi; setidak-tidaknya pun mempunyai layar untuk bergerak. Bahanapi di sini adalah kemahuan membara (burning desire) anda dan layar pula adalah pendirian (attitude of mind) anda.

Kisah kedua-dua kes di atas berlaku dalam tempoh masa yang sama. Tetapi oleh kerana keputusan yang diambil berbeza; maka hasilnya pun berbeza. Perbezaan yang kecil tetapi mempunyai impak yang sangat besar. En. Yamin telah pun mempunyai 2 orang pelabur dan 2 orang agent yang mendaftar dengannya…apa pula yang berlaku dengan Pn Rahimah? Mungkin masih di tempat yang serupa. Sebenarnya pembaziran telah berlaku; masa dan yang paling utama adalah peluang (opportunity)!

Peluang atau rezeki Allah datang dalam 2 rupa. Pertama ia boleh datang secara terus (direct) kepada manusia dan kedua ia boleh datang dalam bentuk penyamaran (disguise). Jika datang dalam bentuk kedua, ia boleh datang dalam bentuk kekalahan (defeat) tetapi membawa bersama benih-benih kejayaan (seeds of success). Oleh kerana itulah kita tidak harus mengalah sekiranya ditumbangkan sebaliknya cari benih-benih kejayaan di sebalik kegagalan kita itu. Ingatlah, kegagalan itu hanya sementara (temporary defeat). Kaji kelemahan dan kelebihan diri (inilah benih kejayaan), bingkas bangun dan usaha terhadap benih tersebut maka insyaAllah akan berjaya.

Apa yang saya cuba perkatakan di sini adalah beri peluang kepada diri anda untuk meraih kejayaan.  Thariq bin Ziyad  dan tentera-tentera Islam hanya bersenjatakan pedang, tombak dan anak panah manakala askar-askar Gothic pula lengkap berkuda dengan baju besinya. Akhirnya beliau Berjaya dan memerintah Sepanyol (Andalusia). Semangat Thariq bin Ziyad membakar kapal-kapalnya banyak digunakan oleh usahawan-usahawan dalam perniagaan. Terbukti mereka semua mencapai kejayaan yang diidamkan berbekalkan semangat ini.

Saya telah bakar kapal saya, bagaimana pula dengan anda?


Ramadhan dan Bisnes Kita

Alhamdulillah. Telah selamat kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan kita juga telah pun selamat meraikan kejayaan puasa kita di Hari Aidilfitri. Ganjaran yang tak terkira banyaknya diberi oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan tersebut di’extend’kan lagi dengan 6 hari puasa sunat Syawal; maka puasa yang kita lakukan sebanyak 35 hari (29 + 6) ini akan berkadaran dengan setahun berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun”

(HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Lihatlah manusia, betapa Pemurahnya pencipta mu.

 

Pengajaran dari Ramadhan

Saya terpanggil untuk berkongsi fikiran tentang Ramadhan ini. Ramadhan adalah sebuah institusi (ibarat Universiti lah lebih kurang..) di mana kita memasukinya selama sebulan (saya rasa semua orang tahu kot!), kita buat macam-macam amal di dalamnya. Kita giat membaca, mendengar dan buat amali di dalam institusi ini. Kenapa dan apakah impaknya?

Sebenarnya amalan Ramadhan inilah yang akan membentuk kelakuan (behaviour) dan tindakan (action) kita untuk sebelas bulan berikutnya. Pendek kata, segala perbuatan kita di dalam sebulan akan terpancar ke dalam sebelas bulan yang akan datang seperti kita lihat suatu slaid ‘presentation’ Powerpoint  yang dipancarkan ke layar putih. Jika kita rajin melakukan amal ibadah, insyaAllah kita akan mampu melakukan ibadah tersebut selepas Ramadhan. Itulah fungsi Ramadhan yang dapat saya tafsirkan.

 

Apa kaitannya dengan kerjaya ini?

Manusia is creature of habits. Jika kita memerlukan institusi Ramadhan untuk Berjaya dalam bulan-bulan berikutnya begitulah juga jika kita mahu Berjaya dalam  bidang perniagaan ini. Kita perlukan institusi. Kita perlukan latihan. Kita perlukan kekuatan, ketahanan diri  yang paling penting adalah ISTIQAMAH (consistency).

Saya percaya jika kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menambah baik ilmu serta kemahiran dalam perniagaan unit amanah ini, pasti akan ada kebaikan yang akan menyusul daripada tindak-tanduk kita itu. Walaupun tindakan kita itu tidaklah sebesar mana tetapi ia pasti akan member impak kepada perniagaan anda.

 

Anda perlu komited dengan perniagaan anda!

Anda tahu anda tidak mempunyai ilmu, carilah. Bertanyalah. Hadiri kursus yang disediakan.

Anda tahu anda malu untuk berkomunikasi, berlatihlah bercakap. Berlatih untuk senyum di depan cermin. Bercakaplah pada diri sendiri di depan cermin.

Anda rasa anda lemah kerana berseorangan? Rekrutlah. Cari pasangan. Lahirkan anak didik anda. Bina team/group anda.

Anda rasa down? Dampingi mereka yang Berjaya. Hadiri seminar motivasi dan workshop yang disediakan syarikat.

INI BISNES ANDA. Bisnes anda perlukan komitmen ini dari anda. Anda bukanlah membuat sesuatu yang sia-sia malah anda menambah-baik bisnes anda. Tak rugi pun. Ilmu bertambah, confident makin tinggi, bisnes semakin mantap. Anda tak mahu ke semua ini?

 

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI,

MAAF ZAHIR BATIN.


Mahukan Kerjaya? Mulakanlah dari bawah…

Pagi tadi saya stuck dalam jam masa nak balik ke Pasir Gudang. Ada bas rosak rupanya…jadi jalan pun dah tinggal selorong jer. Dah lama gila tak berada dalam jam ni, al-maklum lah selalu keluar rumah pun pukul 9 pagi ke atas…agak susah nak menempuh jam ni. Terdetik rasa syukur yang amat sangat kepada Allah SWT kerana diberikan kelapangan dan dipermudahkan urusan saya setiap pagi. Ternampak kelibat pemandu kereta belakang saya, dok asyik mengeluh aje…mungkin tension dengan jam yang terpaksa ditempuh setiap pagi agaknya. Muka dia pun dah sekulat semacam aje. Alhamdulillah Ya Allah…sekali lagi aku rasa bersyukur yang amat sangat diberi kerjaya ini.

Sepanjang perjalanan 35km tersebut, saya mendengar siaran Radio Hot FM yang membicarakan tajuk “Pengalaman Bermula dari bawah”. Rancangan ini sangat memberikan inspirasi kepada saya; dan saya rasa para pendengar lain di luar sana pun turut berasa begitu. Banyak sekali panggilan telefon dan juga sms yang diterima oleh pengacara. Mereka berkongsi pengalaman masing-masing yang pelbagai.

Ada yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, hanya sekadar SPM sahaja tetapi berkat kesabaran bekerja selama 16 tahun akhirnya berjaya memiliki harta malah syarikat sendiri. Bayangkanlah 16 tahun abang tersebut bersabar dalam bekerja dan tekanan; bagi saya suatu tempoh yang agak lama untuk sesebuah kejayaan.

Di dalam industri Unit Amanah ini, segala kejayaan tersebut boleh dicapai sepantas 3 tahun sahaja; ada selama 5 tahun dan seterusnya. Jika gaji yang dicapai oleh abang tersebut adalah RM20,000 sebulan SETELAH 16 tahun berkhidmat, katakanlah tempoh paling lama untuk anda memperoleh pendapatan sebegitu setelah 10 tahun berkecimpung dalam industri Unit Amanah, maka anda mempunyai 6 tahun extra income yang boleh anda simpan dengan percuma. Maksud saya, anda boleh mempunyai pendapatan yang lebih besar jika anda berkecimpung selama 16 tahun dalam bisnes Unit Amanah ini.

Saya tak kata anda mudah untuk kaya jika menceburi bidang ini tetapi kami telah melihat kejayaan Perunding Unit Amanah yang berkecimpung 16 tahun di dalam industri ini. Percaya atau tidak pendapatan sebulannya melebihi RM100,000 sebulan. Awas! Ini bukannya MLM atau skim cepat kaya. Apa yang mahu saya katakan, bisnes ini menjanjikan pendapatan berkadar dengan usaha yang anda letakkan. Habis bab pertama.

Panggilan telefon seterusnya yang menarik perhatian saya ialah panggilan dari seorang wanita. Beliau adalah graduan ijazah dari universiti, bermula sebagai kerani berpendapatan RM400 sebulan di sebuah kilang membuat pakaian dalam wanita di Perak. Kemudian pengalaman bekerja itu digunakan untuk naik pangkat di company lain sehinggalah beliau sekarang telah mencapai pangkat Personal Assistant (PA). Tahniah diucapkan kepada saudari tersebut kerana telah berjaya capai impiannya dalam kerjaya yang dipilih.

Saya kurang pasti berapa tempoh yang diambil dan berapakah pendapatan seorang PA yang dikatakan. Apa yang menarik perhatian saya pula ialah pesanan beliau kepada graduan-graduan universiti di luar sana supaya tidak memilih kerjaya dan pendapatan. Pesanan saya pula, jika anda adalah seorang graduan (sijil, diploma atau ijazah) yang diberikan 2 pilihan kerjaya; pertama adalah kerjaya yang bermula dengan RM400 dan berpangkat kerani …kedua pula; kerjaya yang mana pendapatan anda ditentukan oleh anda sendiri dan bergelar professional…yang mana satu menjadi pilihan anda?

Pengalaman saya, ada beberapa orang graduan universiti yang tertarik dengan kerjaya ini tetapi mereka TIDAK FOKUS…di kepala mereka masih lagi tercari-cari kerjaya lain yang katanya memberikan pendapatan yang tetap dan akhirnya terperangkap dalam Rat Race juga. Padahal mereka telah diberikan kunci, kereta dan telah ditunjukkan jalan; hanya perlu hidupkan enjin dan terus memandu mengikut kelajuan sendiri untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Jangan membazir masa, fokus dan teruskan. Anda pasti sampai, insyaAllah.

 

 


ANDA MAHUKAN PETUA KEJAYAAN BISNES UNIT AMANAH?

2 bulan sy tidak berkesempatan utk mencoret. Sy giat mempromosikan unit amanah ini utk menambah bilangan pelanggan baru. Tetapi ketika ini ada perkara yg sgt penting utk diluahkan agar ia menjadi panduan dan juga inspirasi kpd UTC yg terlibat dlm perniagaan ini.

Thn 2010 ini adalah thn ketiga sy menceburi perniagaan unit amanah. Sedari atau tidak telah terdapat hampir 200 org yg menjadi pelanggan sy; malah ada di antara mereka yg telah meraih pulangan 3 thn pelaburan dan inilah masanya mereka menikmati hasil pelaburan yg telah bertumbuh. Sy amat berpuas hati kerana dpt membantu mereka merealisasikan impian dan objektif masing2…ada yg menggunakan keuntungan pelaburan utk membesarkan perniagaan, ada yg ubahsuai rumah, ada yg kahwin dan ada juga yg dpt menunaikan umrah.

Di mata sy sbg seorang usahawan yg menjalankan perniagaan unit amanah terdapat 4 elemen penting yg merupakan jantung penggerak perniagaan ini. Ia adalah PELANGGAN, TELEFON, PETROL dan INTERNET. Setiap elemen saling bersangkut-paut kepentingannya…bg sy jika tiada 4 elemen ini maka tiada bisnes yg akan terjadi!

Namun, PELANGGAN adalah darah dlm segala perniagaan; tak kira apa shj bisnes yg anda lakukan bilangan pelanggan anda  mestilah semakin bertambah dan semakin ramai. Pelanggan unit amanah berbeza objektif pelaburan masing2…ada 3,5,7,10 thn malah ada yg mempunyai objektif pelaburan 20 hingga 30 thn (contohnya perancangan kewangan utk PERSARAAN). Oleh itu kita tidak boleh bergantung kpd bilangan pelanggan yg statik shj…kelak pelanggan kita akan tetap berkurangan apabila mereka tidak lagi melabur dgn kita..itupun belum lg dikira pelanggan yg terpaksa mengeluarkan pelaburan atas sbb2 kecemasan dan kesempitan wang.

Berapakah bilangan PELANGGAN anda?

Sering terjadi kpd UTC separuh masa, perniagaan mereka merudum bila masuk thn ke-2. Bisnes mereka semakin lemah dan semangat pula semakin malap tidak seperti ketika mula2 mendapat pelanggan pertama dahulu. Apa sebenarnya yg terjadi kpd mereka? Jawapannya mudah, mereka tidak servis pelanggan2 yg lama dan apa yg memburukkan lagi keadaan adalah mereka berhenti dari mencari pelanggan2 baru!

“Dorang takpelah, dorang byk customer..dorang buat full-time!” kata mereka. Alasan yg sedikit pun tidak munasabah. Sebenarnya kita perlu renung semula apa OBJEKTIF atau MATLAMAT kita masa mula2 mahu memulakan perniagaan ini. Bagi yg part-timer, mindset anda perlu ditukar…anda MESTI CARI MASA utk lakukan bisnes ini!! Bukan JIKA ADA MASA barulah sy akan lakukan bisnes ini.

Mindset inilah yg menyebabkn anda tidak bersungguh utk lakukan bisnes…xkira apa bisnes yg anda buat pun jika masih mempunyai mentaliti begini pasti tidak bertahan lama. Lebih parah lagi bila anda mula mengurangkan masa utk mencari pelanggan baru, maka pendapatan mula mengecil dan terus membunuh cita2 anda utk berjaya dgn bisnes unit amanah ini. Anda mula merasakan tidak berbaloi utk anda luangkan masa melakukan bisnes ini hanya disebabkan kurangnya frekuensi mempromosikan bisnes anda.

Bulatkan Tekad, Penuhkan Semangat

Bisnes..apa2 jua bisnes, kecil atau mega bisnes anda, pasti ada naik dan turunnya. Apa yg menentukan kejayaan sesuatu bisnes adalah KETAHANAN mental anda. Bila jatuh, bingkas bangun…jgn mengalah selagi kita belum sampai ke garisan penamat. Bila sudah berada di atas bangku kejayaan..jgn pula lupa membantu mereka yg di bawah kita.Setiap org mempunyai hak utk hidup senang. Jika kita mempunyai peluang, bantulah mereka yg tidak berpeluang, insyaAllah rezeki akan dilimpahkan Allah SWT.

Utk berjaya, belajarlah dr org yg berjaya. Kejayaan sebenarnya meninggalkan jejak…jika kita turuti jejak ini kita pasti akan berjaya. Buat seperti apa yg org berjaya buat dan kita akan berjaya seperti dia. Ini bukan cakap kosong. Inilah Hukum Sebab dan Efek (Law of Cause & Effects). Sedar atau tidak hukum tetap berjalan seperti Hukum Graviti.

IKUT JALAN KEJAYAAN, MAKA KEJAYAANLAH YG AKAN DICAPAI!

Mahu sertai kami? Sila hubungi En Zulkhairie di 013-3889322 atau klik di sini.


5 Cara Untuk Menjadi Kaya

Saya tak mahu memulakan blog baru ini dgn cerita sedih. Tetapi saya terpanggil juga utk menceritakan pengalamansy agar ia tidak berulang kpd pembina2 blog yg lain. Hasil tulisan dan cetusan idea sy selama 2 thn lebih telahhilang lesap. Begitu juga dgn komen2, soalan2 dan jawapan yg sy jawab..semuanya hilang. Ini gara2 Hosting kpd domain blog ini telah melarikan diri. Macamana tuh sy x pastilah, kerana itulah yg diberitahu oleh rakan sy CATZER  , seorang blogger sepenuh masa.Ditambah pula dgn kealpaan sy tidak membuat backup thdp blog sy ini;maklumlah sy pun x sangka hosting pun ada scammers jugak!

Namun alhamdulillah, syukur juga kpd Allah krn post2 sy yg lama mmg masih ada dlm simpanan sy dlm btk wordpad; insyaAllah secara beransur2 akan sy post kembali dlm blog ini.Hikmahnya dr kejadian ini ialah sy dapat mencorak kembali blog dan gaya penulisan yg terkini.

Apakah Peluang Anda Dalam Perniagaan Ini?

Brian Tracy (salah seorang sales Guru yg berjaya melahirkan beribu2 Self-Made Millionaire di seluruh dunia) menyatakan ada 5 cara utk menjadi kaya. Sila baca artikel tersebut di link ini: klik di sini …sy kongsikan artikel beliau di facebook sy kerana artikel itu dihantar melalui Newsletter terus ke email sy tetapi bukan di blog nya.

Apa yg menarik dan membuat sy teruja adalah 3 dpd 5 cara tersebut bertepatan dgn apa yg kita lakukan dalam perniagaan unit amanah ini. 3 cara itu ialah dgn Menjadi Seorang Usahawan, Menceburi Bidang Jualan dan dgn Menjadi Pelabur. Ini bermaksud jika anda berada dlm industri ini, anda telah pun berada di laluan yg betul utk menjadi kaya. Apa yg perlu adalah LANGKAH KAKI anda shj lagi…kekayaan sedang menanti anda di penghujung jalan ini. Ambil usaha utk mengorak; semakin anda menghampiri penghujung jalan semakin jelas kejayaan akan muncul di mata anda.

Ibaratkan anda menaiki sebuah bot menuju ke sebuah pulau impian anda…semasa mula menaiki bot tiada apa yg kelihatan melainkan lautan. Tidak kisah di mana pun anda berada, anda pasti sampai ke pulau impian anda asalkan anda mempunyai KOMPAS dan PETA di tangan. Sepanjang perjalanan itu mungkin anda akan dilambung ombak dan ribut tetapi terus hadapinya dgn cekal. Akhirnya dpd jauh telah mula kelihatan sayup2 bayangan pulau impian anda itu..semakin lama semakin jelas.

Begitulah analoginya jika berada dlm industri ini. Anda sememangnya tahu anda pasti akan jd kaya dgn perniagaan ini, cuma kekadang kita LUPA dan TIDAK FOKUS dgn apa yg menanti di hadapan kita di nun sana. Anda mempunyai MENTOR yg akan memberikan anda KOMPAS dan PETA; di samping itu anda akan support yg kuat dr pihak syarikat Public Mutual yg akan memberikan anda ilmu2 pelayaran kpd anda.

Anda adalah penggerak kaki anda…mula melangkah kembali!

Mahu sertai kami? Sila hubungi En Zulkhairie di 013-3889322 atau klik di sini.


Tag Popular (Klik di sini)

Copyright © 1996-2010 Kerjaya Pelaburan | Unit Amanah | Unit Trust. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress