Tag: unit amanah

Apakah Nyawa Bisnes Unit Amanah Anda?

Saya tak akan menulis panjang.

Soalan penting bagi anda sebagai Perunding Unit Amanah: Apakah Nyawa Bisnes Anda?

Mudah sahaja. Sedari atau tidak nyawa bisnes anda bergantung kepada bilangan kes KWSP (EPF) dan juga kes Autodebit (Direct Debit Instruction) sahaja!

Kedua-dua kes ini akan menjadi ‘basic pay’ atau gaji tetap anda walaupun bayaran gaji anda adalah berdasarkan komisyen. Gaji anda ini akan bertahan dari 10 hingga ke 30 tahun kerana pelabur akan melabur untuk Persaraan (sehingga umur 55 tahun) ataupun Pendidikan (sehingga umur anak 18 tahun). Hebat bukan?

Inilah petua umur panjang (umur bisnes) bagi seseorang Perunding Unit Amanah. Dan jika seseorang Perunding Unit Amanah itu boleh bertahan cukup lama dalam industri ini (10 tahun dan lebih) maka ‘gaji pencen’ yang digelar Career Benefit (CB) pula akan menjadi satu gaji tetap tanpa bekerja. Yang menariknya gaji pencen ini akan meningkat setiap tahun berdasarkan jualan terkumpul anda. Lagi menarik bukan?

Lihat sekeliling anda. Lihat handphone anda. Lihat Facebook, Tweeter, LinkedIn, Yahoo Messenger atau Skype anda.

Siapakah antara mereka yang mempunyai KWSP dan siapa yang mempunyai anak? Jika bukan mereka mungkin ayah, ibu, abang, kakak atau sepupu-sepapat mereka…SEMUANYA AKAN MENJANA PENDAPATAN UNTUK ANDA!!!

Hubungi saya untuk menjadi Perunding Unit Amanah segera. Jika bukan anda yang menjana wang dari mereka; akan ada Perunding Unit Amanah lain yang akan sapu mereka. Mungkin juga saya!

Klik di sini untuk menjadi Perunding Unit Amanah.


Jangan Baca Sekiranya Anda Tidak Berminat Dengan Komisyen!

Ada seorang Pakcik (ketika menghadiri open house Aidilfitri) saya bertanya “Eh Zul, awak tak nak bekerja ke?”. Dengan senyuman saya menjawab “Saya memang bekerja!”. Ternganga mulut Pakcik saya tu. Saya terus ketawa kecil.

Saya agak soalan itu ditanya kerana:

  1. Beliau sedia maklum saya mempunyai Ijazah dalam Kejuruteraan Kimia tetapi tidak pernah dengar saya bercerita apa-apa tentang kilang ataupun shif.
  2. Saya boleh dikatakan ada di setiap ‘occasion’ keluarga keturunan ESATIK seperti Gathering dan kenduri. Mungkin itu yang memelikkan beliau sedangkan anak saudaranya yang lain jarang-jarang hadir kerana tertakluk dengan masa pekerjaan masing-masing.

Itulah kelebihan karier saya. Itulah peluang yang tidak akan saya kecapi jika masih terikat sebagai pekerja. Jika saya menguasai masa dan masa ibarat mengikut telunjuk saya, bagaimana pula dengan pendapatan (income) saya??

Dalam industri Unit Amanah (Unit Trust) ini, pendapatan saya adalah berdasarkan komisyen. Bila mendengar perkataan ‘komisyen’ sahaja, ramai orang terus angkat tangan untuk surrender…saya akan membetulkan salah anggapan orang terhadap komisyen.

Sebenarnya skim komisyen yang saya dapat boleh dijadikan pendapatan pasif (passive income) menerusi Residual Income (akan dijelaskan maksudnya di bawah nanti). Tak cukup dengan itu semua ditambah pula dengan Pencen (Pension) bulanan. Apa??? Pencen??? Ya, saya mempunyai Pencen dan telahpun MERASA pencen tersebut sehingga sekarang!

Sambil tersenyum saya akan terangkan kepada anda.

Takrifan Pendapatan Tetap

Terbahagi kepada dua iaitu Gaji dan juga Komisyen. Kedua-dua pendapatan ini akan diperoleh HANYA jika melakukan kerja. Sebab itu saya berpendapat kedua-dua pendapatan ini sebenarnya adalah Pendapatan Tetap selagi mana anda melakukan kerja, maka anda akan tetap dibayar.

1. Gaji
Anda akan terus mendapat gaji selagi mana anda terus bekerja dengan majikan. Pendapatan biasa yang selalu dikejar oleh kebanyakan orang. Jika anda mahu pendapatan selama 30 tahun, maka 30 tahun lah anda kena bekerja tetapi sedarkah kita gaji akan berkurang jika tiada kerja atau gaji terus terhenti apabila anda tidak bekerja?

2. Komisyen
Contoh ialah jualan, atau menerima kontrak (agreement) untuk membuat sesuatu. Pendapatan seperti ini tidak berterusan, dan setelah anda membuat jualan atau menyelesaikan kontrak anda, pendapatan anda akan terhenti, jadi untuk meneruskan pendapatan, anda perlu membuat jualan lagi atau menerima kontrak baru.

Mana Lebih Menarik?

1. Gaji
Gaji yang tetap tetapi kerja dilakukan kurang (tidak berkadaran dengan masa yang diperuntukkan). Berlaku penipuan di situ dan pendapatan TIDAK BERKAT. Contoh realiti: minum teh pukul 10 pagi atau tidur di surau ketika diberi pelepasan untuk solat Zuhur dan Asar.
Bagaimana pula jika kerja dilakukan 200% tetapi gaji tetap juga sama? Oleh kerana itulah terdapatnya GAJI MATI! Bagaimana jika lebihan 100% tenaga atau usaha yang dilakukan itu jika di’convert’kan dalam bentuk komisyen? Sudah tentu lebih lumayan bukan??

2. Komisyen
Pendapatan adalah BERKADARAN dengan usaha atau kerja anda. Lebih tepat lagi MASA yang diluangkan oleh anda melakukan kerja akan bertukar menjadi WANG. Jika anda kuat usaha (rajin), maka TINGGI lah income dan TIADA GAJI MATI…pendapatan tiada batasan!. Tiada unsur penipuan masa terhadap kerja. InsyaAllah akan memperoleh BERKAT.

Kelebihan Perniagaan Unit Amanah (Unit Trust) Saya Rasai

Tiada siapa pun yang menyekat pendapatan saya. Walaupun saya bukanlah ‘sales superstar’ yang memperoleh jualan RM5 juta sebulan dan belum pun memperolehinya, tetapi saya tetap mempunyai peluang untuk merasa komisyen RM170,000 sebulan jika saya memperoleh jualan tersebut!! Logiknya 3 tahun saya tak perlu kerja jika saya belanjakan komisyen tadi sebanyak RM3000 sebulan. Apa pula peluang anda?

Baiklah, kita letakkan ke tepi dulu RM5 juta itu. Mungkin bagi sesetengah orang tak tercapai oleh akal fikiran sehingga ke situ. Tetapi apa yang saya peroleh sebenarnya adalah hasil jualan kecil dan sederhana sahaja tetapi pendapatan inilah yang membolehkan Pakcik saya hairan dengan kerja saya! “Bagaimana En Zul?..cepatlah cerita!”

Perhatikan perniagaan konvensional (ambil contoh meniaga Nasi Lemak atau Goreng Pisang); sekurang-kurangnya memerlukan 6 bulan sebelum mempunyai pelanggan tetap yang menggilai masakan mereka. Tetapi dalam perniagaan Unit Amanah ini, saya TERUS ‘ON THE SPOT’ dapat pelanggan setia yang akan membeli (repeat sales) dengan saya untuk 5, 10, 15, 20 malah 30 tahun akan datang. Jika Pelan Pendidikan adalah 18 tahun, Pelan Simpanan adalah seumur hayat, Pelan Persaraan adalah 30 tahun…apa lagi yang perlu saya risaukan tentang komisyen saya?!

Kami mengunakan EPF INCOME MODEL dan juga DIRECT DEBIT INSTRUCTION (DDI) MODEL untuk menukarkan komisyen kami menjadi pendapatan pasif (passive income).

Sertai saya untuk mengetahui bagaimana model ini berfungsi dan rasakan komisyen yang sentiasa akan mengalir ke dalam poket anda sehingga 30 tahun akan datang.

Apakah Pendapatan Pasif (Passive Income)?


Maka dari tafsiran Wikipedia, ada 3 pendapatan yang diperolehi dari perniagaan Unit Amanah (Unit Trust) ini iaitu “Earnings from a business that does not require direct involvement from the owner or merchant; “Residual income” dan juga “Pensions”.

Bagaimana pula saya memperoleh Pencen ini? Sila sertai saya dan anda akan mengetahui bagaimana caranya!

Apa Kata Hati Anda?

Saya bukan mengatakan bahawa dengan melakukan Perniagaan Unit Amanah (Unit Trust) ini adalah anda akan dapat rileks kemudian dapat duit berkepok-kepok. Ini bukan diam-diam duduk buat duit dan ini juga bukan skim cepat kaya, piramid serta saham neraka.

Saya cuma ingin memberitahu anda di luar sana bahawa anda boleh memperolehi pendapatan dengan mengajak orang MENYIMPAN WANG DALAM UNIT AMANAH; samada menggunakan WANG TUNAI mahupun wang KWSP (EPF). Kedua-dua belah pihak (pelabur dan perunding unit amanah) akan memperoleh kebaikan bersama. Jika setelah menceburi industri ini anda tidak berusaha mencari pelanggan, maka tiada harapan untuk memperolehi pendapatan lumayan malah pendapatan yang ciput sekalipun.

90 peratus Orang Terkaya di dunia terlibat dengan JUALAN (sales). Hanya bidang perniagaan yang akan menjadikan seseorang itu kaya. Hanya buka mulut anda, kami akan ajar anda bercakap.

Sertai kami sekarang.


ANDA MAHUKAN PETUA KEJAYAAN BISNES UNIT AMANAH?

2 bulan sy tidak berkesempatan utk mencoret. Sy giat mempromosikan unit amanah ini utk menambah bilangan pelanggan baru. Tetapi ketika ini ada perkara yg sgt penting utk diluahkan agar ia menjadi panduan dan juga inspirasi kpd UTC yg terlibat dlm perniagaan ini.

Thn 2010 ini adalah thn ketiga sy menceburi perniagaan unit amanah. Sedari atau tidak telah terdapat hampir 200 org yg menjadi pelanggan sy; malah ada di antara mereka yg telah meraih pulangan 3 thn pelaburan dan inilah masanya mereka menikmati hasil pelaburan yg telah bertumbuh. Sy amat berpuas hati kerana dpt membantu mereka merealisasikan impian dan objektif masing2…ada yg menggunakan keuntungan pelaburan utk membesarkan perniagaan, ada yg ubahsuai rumah, ada yg kahwin dan ada juga yg dpt menunaikan umrah.

Di mata sy sbg seorang usahawan yg menjalankan perniagaan unit amanah terdapat 4 elemen penting yg merupakan jantung penggerak perniagaan ini. Ia adalah PELANGGAN, TELEFON, PETROL dan INTERNET. Setiap elemen saling bersangkut-paut kepentingannya…bg sy jika tiada 4 elemen ini maka tiada bisnes yg akan terjadi!

Namun, PELANGGAN adalah darah dlm segala perniagaan; tak kira apa shj bisnes yg anda lakukan bilangan pelanggan anda  mestilah semakin bertambah dan semakin ramai. Pelanggan unit amanah berbeza objektif pelaburan masing2…ada 3,5,7,10 thn malah ada yg mempunyai objektif pelaburan 20 hingga 30 thn (contohnya perancangan kewangan utk PERSARAAN). Oleh itu kita tidak boleh bergantung kpd bilangan pelanggan yg statik shj…kelak pelanggan kita akan tetap berkurangan apabila mereka tidak lagi melabur dgn kita..itupun belum lg dikira pelanggan yg terpaksa mengeluarkan pelaburan atas sbb2 kecemasan dan kesempitan wang.

Berapakah bilangan PELANGGAN anda?

Sering terjadi kpd UTC separuh masa, perniagaan mereka merudum bila masuk thn ke-2. Bisnes mereka semakin lemah dan semangat pula semakin malap tidak seperti ketika mula2 mendapat pelanggan pertama dahulu. Apa sebenarnya yg terjadi kpd mereka? Jawapannya mudah, mereka tidak servis pelanggan2 yg lama dan apa yg memburukkan lagi keadaan adalah mereka berhenti dari mencari pelanggan2 baru!

“Dorang takpelah, dorang byk customer..dorang buat full-time!” kata mereka. Alasan yg sedikit pun tidak munasabah. Sebenarnya kita perlu renung semula apa OBJEKTIF atau MATLAMAT kita masa mula2 mahu memulakan perniagaan ini. Bagi yg part-timer, mindset anda perlu ditukar…anda MESTI CARI MASA utk lakukan bisnes ini!! Bukan JIKA ADA MASA barulah sy akan lakukan bisnes ini.

Mindset inilah yg menyebabkn anda tidak bersungguh utk lakukan bisnes…xkira apa bisnes yg anda buat pun jika masih mempunyai mentaliti begini pasti tidak bertahan lama. Lebih parah lagi bila anda mula mengurangkan masa utk mencari pelanggan baru, maka pendapatan mula mengecil dan terus membunuh cita2 anda utk berjaya dgn bisnes unit amanah ini. Anda mula merasakan tidak berbaloi utk anda luangkan masa melakukan bisnes ini hanya disebabkan kurangnya frekuensi mempromosikan bisnes anda.

Bulatkan Tekad, Penuhkan Semangat

Bisnes..apa2 jua bisnes, kecil atau mega bisnes anda, pasti ada naik dan turunnya. Apa yg menentukan kejayaan sesuatu bisnes adalah KETAHANAN mental anda. Bila jatuh, bingkas bangun…jgn mengalah selagi kita belum sampai ke garisan penamat. Bila sudah berada di atas bangku kejayaan..jgn pula lupa membantu mereka yg di bawah kita.Setiap org mempunyai hak utk hidup senang. Jika kita mempunyai peluang, bantulah mereka yg tidak berpeluang, insyaAllah rezeki akan dilimpahkan Allah SWT.

Utk berjaya, belajarlah dr org yg berjaya. Kejayaan sebenarnya meninggalkan jejak…jika kita turuti jejak ini kita pasti akan berjaya. Buat seperti apa yg org berjaya buat dan kita akan berjaya seperti dia. Ini bukan cakap kosong. Inilah Hukum Sebab dan Efek (Law of Cause & Effects). Sedar atau tidak hukum tetap berjalan seperti Hukum Graviti.

IKUT JALAN KEJAYAAN, MAKA KEJAYAANLAH YG AKAN DICAPAI!

Mahu sertai kami? Sila hubungi En Zulkhairie di 013-3889322 atau klik di sini.


Tag Popular (Klik di sini)

Copyright © 1996-2010 Kerjaya Pelaburan | Unit Amanah | Unit Trust. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress