2 bulan sy tidak berkesempatan utk mencoret. Sy giat mempromosikan unit amanah ini utk menambah bilangan pelanggan baru. Tetapi ketika ini ada perkara yg sgt penting utk diluahkan agar ia menjadi panduan dan juga inspirasi kpd UTC yg terlibat dlm perniagaan ini.
Thn 2010 ini adalah thn ketiga sy menceburi perniagaan unit amanah. Sedari atau tidak telah terdapat hampir 200 org yg menjadi pelanggan sy; malah ada di antara mereka yg telah meraih pulangan 3 thn pelaburan dan inilah masanya mereka menikmati hasil pelaburan yg telah bertumbuh. Sy amat berpuas hati kerana dpt membantu mereka merealisasikan impian dan objektif masing2…ada yg menggunakan keuntungan pelaburan utk membesarkan perniagaan, ada yg ubahsuai rumah, ada yg kahwin dan ada juga yg dpt menunaikan umrah.
Di mata sy sbg seorang usahawan yg menjalankan perniagaan unit amanah terdapat 4 elemen penting yg merupakan jantung penggerak perniagaan ini. Ia adalah PELANGGAN, TELEFON, PETROL dan INTERNET. Setiap elemen saling bersangkut-paut kepentingannya…bg sy jika tiada 4 elemen ini maka tiada bisnes yg akan terjadi!
Namun, PELANGGAN adalah darah dlm segala perniagaan; tak kira apa shj bisnes yg anda lakukan bilangan pelanggan anda mestilah semakin bertambah dan semakin ramai. Pelanggan unit amanah berbeza objektif pelaburan masing2…ada 3,5,7,10 thn malah ada yg mempunyai objektif pelaburan 20 hingga 30 thn (contohnya perancangan kewangan utk PERSARAAN). Oleh itu kita tidak boleh bergantung kpd bilangan pelanggan yg statik shj…kelak pelanggan kita akan tetap berkurangan apabila mereka tidak lagi melabur dgn kita..itupun belum lg dikira pelanggan yg terpaksa mengeluarkan pelaburan atas sbb2 kecemasan dan kesempitan wang.
Berapakah bilangan PELANGGAN anda?
Sering terjadi kpd UTC separuh masa, perniagaan mereka merudum bila masuk thn ke-2. Bisnes mereka semakin lemah dan semangat pula semakin malap tidak seperti ketika mula2 mendapat pelanggan pertama dahulu. Apa sebenarnya yg terjadi kpd mereka? Jawapannya mudah, mereka tidak servis pelanggan2 yg lama dan apa yg memburukkan lagi keadaan adalah mereka berhenti dari mencari pelanggan2 baru!
“Dorang takpelah, dorang byk customer..dorang buat full-time!” kata mereka. Alasan yg sedikit pun tidak munasabah. Sebenarnya kita perlu renung semula apa OBJEKTIF atau MATLAMAT kita masa mula2 mahu memulakan perniagaan ini. Bagi yg part-timer, mindset anda perlu ditukar…anda MESTI CARI MASA utk lakukan bisnes ini!! Bukan JIKA ADA MASA barulah sy akan lakukan bisnes ini.
Mindset inilah yg menyebabkn anda tidak bersungguh utk lakukan bisnes…xkira apa bisnes yg anda buat pun jika masih mempunyai mentaliti begini pasti tidak bertahan lama. Lebih parah lagi bila anda mula mengurangkan masa utk mencari pelanggan baru, maka pendapatan mula mengecil dan terus membunuh cita2 anda utk berjaya dgn bisnes unit amanah ini. Anda mula merasakan tidak berbaloi utk anda luangkan masa melakukan bisnes ini hanya disebabkan kurangnya frekuensi mempromosikan bisnes anda.
Bulatkan Tekad, Penuhkan Semangat
Bisnes..apa2 jua bisnes, kecil atau mega bisnes anda, pasti ada naik dan turunnya. Apa yg menentukan kejayaan sesuatu bisnes adalah KETAHANAN mental anda. Bila jatuh, bingkas bangun…jgn mengalah selagi kita belum sampai ke garisan penamat. Bila sudah berada di atas bangku kejayaan..jgn pula lupa membantu mereka yg di bawah kita.Setiap org mempunyai hak utk hidup senang. Jika kita mempunyai peluang, bantulah mereka yg tidak berpeluang, insyaAllah rezeki akan dilimpahkan Allah SWT.
Utk berjaya, belajarlah dr org yg berjaya. Kejayaan sebenarnya meninggalkan jejak…jika kita turuti jejak ini kita pasti akan berjaya. Buat seperti apa yg org berjaya buat dan kita akan berjaya seperti dia. Ini bukan cakap kosong. Inilah Hukum Sebab dan Efek (Law of Cause & Effects). Sedar atau tidak hukum tetap berjalan seperti Hukum Graviti.
IKUT JALAN KEJAYAAN, MAKA KEJAYAANLAH YG AKAN DICAPAI!
Mahu sertai kami? Sila hubungi En Zulkhairie di 013-3889322 atau klik di sini.
