Testimoni
Anda adalah penentu kehidupan anda!
Pn. Azizah Saad, Group Agency Manager
Dari segi kerjaya, bagaimana ia membantu seseorang membina kerjaya sebagai perunding unit amanah?
Kerjaya ini menjanjikan peluang yang cukup luas untuk seseorang mendapat pendapatan seberapa banyak yang diingini kerana apa yang diperoleh adalah bergantung pada keinginan diri sendiri.
Apa yang p
erlu diingat anda membina perniagaan sendiri dengan modal serendah RM250 (sekurang-kurangnya memperolehi kelulusan SPM) untuk mengikuti peperiksaan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia (FMUTM) bagi memperolehi lesen menjadi perunding unit amanah. Dalam pada masa sama, pastikan syarikat yang disertai mempunyai catatan rekod yang cemerlang dan konsisten dalam memberi keuntungan bukan saja kepada perunding tetapi lebih penting pelabur.
Bagi saya ada tiga kunci utama untuk berjaya dalam bidang ini iaitu komitmen, boleh menerima tunjuk ajar dan keinginan serta kemahuan yang tinggi. Dengan ketiga-tiga ciri ini sesiapa pun boleh buat tidak kira seseorang berkelulusan universiti mahupun yang berkerja dalam apa-apa bidang.
Sila klik link ini untuk mengikuti temuramah wartawan Utusan Malaysia bersama Azizah Saad.
Hubungi Kami untuk maklumat lanjut. Klik di sini…
En. Abd Shukor Hashim, Agency Manager

Salam Hormat kepada pengunjung blog ini. Saya mula melibatkan diri secara sepenuh masa di pub.mutual pada bulan Feb 2006, setelah berhenti kerja di kilang. Semasa saya berhenti, tiada apa-apa yang boleh dibanggakan melainkan kereta lama yang dah 13 tahun masih saya gunakan dan motor Ex5 yang memang banyak berjasa kepada saya sepanjang berulang alik ke tempat kerja.
Pendidikan saya tidaklah setinggi mana, hanya diploma sahaja dalam jurusan mekanikal. Pengalaman kerja saya banyak kepada sektor perkilangan selain cuba buat bisness kecil-kecilan sendiri dan join MLM, maklumlah nak rasa berjaya macam orang lain juga namun semuanya tidak berjaya cuma dapat pengalaman sahaja.ok juga tu.
Walaupun saya sedar bahawa bekerja kilang pendapatannya terjamin setiap bulan, tapi saya rasa kurang selamat kerana jumlah gaji yang saya dapat memang langsai dan kering kontang setiap hujung bulan. Anak ada 3 orang….wife memanglah sorang kan!…gaji saya mana nak cukup, bayar loan kereta, rumah, anak-anak punya belanjawan, minyak kereta, kos balik kg…eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tension dibuatnya pada masa tur!….nak pendekkan cerita saya bertekad utk buat bisnes pub.mutual sebab ia tidak perlukan modal yang besar dengan harapan ia boleh melipatgandakan pendapatan saya dari seciput kepada berlori-lori.
Setelah 2 setengah tahun saya buat pub.mutual secara sepenuh masa, segala mimpi saya sudah mula menyinar-nyinar, apabila income saya sudah berlipat-lipat ganda berbanding dengan income masa bekerja kilang. Bukan itu sahaja, masa untuk saya bersama-sama anak dan isteri sangat bebas dan terancang.
Pada Disember 2007 saya berjaya menjadi Agency Manager di Public Mutual dan mempunyai 70 agent di bawah agency saya yg dikenali dengan LombongEmas Groups. Agency saya berada di serata bandar utama di Malaysia. Sekarang saya mempunyai 250 pelabur, Impian saya untuk jadi GAM (Group Agency Manager pada tahun hadapan August 2009 ! Dalam masa 2 tahun akan datang Agency saya akan berkembang seramai 600 Agent seluruh Malaysia !…
Dengan pasaran pelaburan tunai dan epf yang sangat besar, potensi kejayaan Agent Unit Amanah sangat besar berbanding dengan sesetengah pasaran produk-produk yang lain. Bukan itu sahaja, potensi untuk anda mengembangkan Agency anda juga terbuka luas sebab masih ramai yang tercari-cari peluang bisness sehebat ini pada setiap masa.
Saya menyahut kepada anda semua untuk menjadi Agent bersama Groups saya dan saya sedia berkongsi pengalaman dan memberikan guide kepada anda bagaimana anda boleh memulakan bisness ini seterusnya mengorak langkah ke arah kejayaan yang luar biasa !
Hubungi Kami untuk maklumat lanjut. Klik di sini…
En. R Ismail Ahmad, Agency Supervisor
Saya R Ismail Ahmad, merupakan seorang guru sekolah di Muazam Shah dan tinggal di Felda Tasik Chini Pahang, saya mengetahui bisness ini melalui laman web En Shukor pada bulan julai 07 yang lalu, Sebelum ini saya pernah menjadi agent insuran. Selepas menerima email dan penerangan dari En. Shukor mengenai peluang kerjaya ini, saya tanpa berlengah2 terus berminat menyertainya kerana prospek pasarannya yang luas selain potensi pendapatan yang sangat menarik.
Sekalipun saya berjauhan dengan En. Shukor, melalui panduan, nasihat dan motivasi berterusan dari En. Shukor, saya mendapat keyakinan dan semangat baru untuk melakukannya secara serius dan FOKUS. Sekalipun saya seorang guru dan sedang sambung pelajaran PJJ di UKM, saya Berjaya memberikan komitmen pada kerjaya ini dan hasilnya sungguh mengalakkan, di mana saya sudah Berjaya closed sales sebanyak RM 855,814 dalam masa lima bulan sahaja dan sudah menjadi Agency Supervisor selain mendapat Tiket pelancongan ke Hanoi Vietnam.
Pendapatan dari commission saya ialah 2 hingga 3.5 kali ganda dari gaji saya seorang guru. Saya yakin saya boleh mendapat pendapatan melebihi RM10,000 sebulan dalam masa 1.5 tahun akan datang. Pada masa yang sama saya sudah mula merekrut 3 orang agent, impian saya ialah untuk menjadi GAM (Group Agency Manager) dalam masa 4 tahun akan datang. Semasa melakukan sales saya tak pernah berputus asa dan sentiasa melakukan yang terbaik, kesabaran dan ketekunan adalah kunci kejayaan saya. Selain dari soal pendapatan, saya juga terpanggil untuk memasarkan produk2 pelaburan islamic kepada masyarakt melayu yg lazimnya kurang pengetahuan mengenainya.
Dengan motivasi dan panduan dari En. Shukor, latihan, bahan-bahan presentasi secara manual dan computer juga sudah ada disediakan oleh Pub.Mutual, Lokasi public bank dan public mutual yang berada di mana-mana juga memudahkan saya melakukan bisness ini.. Satu lagi yang menarik ialah, saya juga sudah mula melabur di public mutual kerana mempunyai lebihan pendapatan bulanan! selagi ada kemahuan selagi itu ada jalannya….
R. Ismail Ahmad, Muazam Shah,Pahang
Hubungi Kami untuk maklumat lanjut. Klik di sini…
En. Zulkhairie Khodir, Agency Supervisor
Semenjak di bangku sekolah menengah lagi saya sudah menanam cita2 utk menjadi seorang engineer. Tanggapan saya ketika itu, kerjaya inilah yang akan memberikan saya kesenangan dan kemewahan hidup…malah tidak pernah terdetik pun di benak saya utk menceburi bidang perniagaan.
Saya tetap meneruskan impian saya utk menjadi seorang engineer walaupun begitu byk ranjau saya tempuhi ketika melanjutkan pelajaran ke universiti. Jika dikenangkan kembali, selama 13thn saya berusaha menamatkan pelajaran saya akhirnya tercapai dgn mendapat degree dlm Chemical Egineering.
Kegembiraan menapakkan kaki ke alam industri sebagai seorang jurutera tidak seindah perjalanan hidup pekerjaan 6 bulan berikutnya. Keceriaan saya semakin hari semakin pudar…saya tak sanggup lagi dipasung dgn masa bekerja yang dikawal oleh mesin punch (thumb print); terasa seperti hamster adik saya yg sedang berlari dlm roda pusingan…laju ke slow ke dia tetap lari dlm roda tuh jugak. Klu ikutkan si hamster tuh mesti dia ingat dia dh lari sampai Beijing tapi sebenanya dia STATIK! Pernah satu ketika tuh saya hampir accident sebab nk mengejarkan punchcard tuh…pagi2 buta pulak tuh…6.30 pg…lalu terdetik di hati “Aku tidak lagi boleh begini…teringat terus lagu Silaturrahim BPR..SAMPAI BILA..3X? BEGINIII….”.
Saya mula berminat utk menceburi bidang Unit Amanah setelah melihatkan kehidupan En. Shukor yg ketika itu menjadi Perunding Unit Amanah dan menguruskan pelaburan org rumah saya. Setelah mendaftarkan diri utk menjadi agen, setiap waktu terluang saya berjumpa dgn beliau dan mempelajari selok-belok perniagaan Unit amanah ini. Setiap nasihat dan tunjuk ajar beliau saya catit dlm buku nota sehinggalah saya mengambil keputusan utk FOCUS dlm bidang ini kerana bilangan pelabur yg kian bertambah dari hari ke hari.
Dalam kerjaya yg professional ini barulah saya dapat merasa impian saya yg tidak mungkin akan dikecapi jika masih makan gaji iaitu TIME FREEDOM dan FINANCIALLY FREEDOM. Terima kasih diucapkan kpd En Shukor; di atas segala ilmu dan peluang kerjaya yg beliau offer pd saya…hanya Allah shj yg dapat membalas segala jasa beliau selama ini.
Perancangan Kerjaya
Selama 7 bulan sy melakukan biz ini…ternyata usaha dan komitmen sy telah berhasil di mana saya telah Berjaya menjadi Agensi Supervisor pd bulan Februari 2008; dan kini telah pun mempunyai 10 org anak didik saya di serata Malaysia. Insyaallah, sy akan maju terus ke hadapan utk menjadi seorang Agensi Manager pd 2009…seterusnya mencapai peringkat tertinggi Group Agensi Manager pada 2011. Sy akan tersenyum sendiri memikirkan bagaimanakah kedudukan dan kehidupan saya sekarang jika masih bekerja di kilang…mungkin masa utk bermesra dgn anak pun terpaksa apply cuti.
Pedoman utk Anda di luar sana
Renungkanlah kehidupan dan kedudukan anda sekarang…adakah berbaloi usaha anda selama ini? Berapa lama telah anda korbankan waktu bersama isteri dan anak2? Kenapa setelah 10,20 malah 30 thn bekerja masih lagi berada dlm “Roda Pusingan” yg statik?…seperti peribahasa Cina ‘Bulan belum habis tapi Bulan-bulan sudah habis!’. Sanggupkah anda merubah kehidupan anda jika inilah jalan kehidupan sebenar yg selama ini anda idamkan? Alhamdulilah…saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah dipertemukan jalan kehidupan sebenar di seawal waktu umur saya…namun bg anda juga belum terlambat kerana anda telah dipertemukan dgn kami yang sentiasa mengalu2kan kedatangan anda dlm industri Unt Amanah ini!!
Hubungi Kami untuk maklumat lanjut. Klik di sini…
En. Syed Othman Syed Abdul, Agency Supervisor
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Manager kita En Shukor kerana memberi saya kesempatan untuk memberi sepatah dua kata pada kali ini.
Saya telah mula mendaftar menjadi agen pada tahun 2007 setelah mengenali En Shukor dari blognya.
Allhamdullilah pada bulan Mei 2008 ini saya telah dinaikan pangkat ke Agency Supervisor . Saya amat berterima kasih kepada upline saya En. Shukor yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan kepada saya hingga ke tahap ini. Selain itu juga terima kasih juga saya tujukan kepada Zulkhairie Khodir kerana dengan bantuan dia juga telah banyak membantu saya ke tahap ini.
Dengan mengikuti road show yang diadakan oleh En. Shukor saya telah berjaya memperolehi seberapa banyak client yang telah membantu meningkatkan penjualan saya. Selain itu segala bentuk latihan yang diadakan oleh pihak syarikat telah saya ikuti. Latihan ini amatlah penting terutama untuk membantu saya mengekalkan fokus saya dalam bidang ini.
Apa yang saya lihat dalam kerjaya ini ialah harus sentiasa buat dan sentiasa lakukan walaupun dapat kita berjumpa satu orang dalam satu hari. Lakukan dan sentiasa lakukan. Jangan mudah putus asa. Saya bertemu dengan saudara mara, kawan-kawan, dan sesiapa saja yg saya kenal atau tidak.
Akhir sekali saya berharap rakan rakan yang berada di sini akan sama sama berdoa agar kita sama sama berjaya dalam perniagaan ini. Saya sedang giat mengembangkan kumpulan agency saya secara merekrut.
Komentar saya (Agency Manager – A.Shukor)
Walaupun lokasi rumah En Syed Osman dengan saya dalam 90km dan mengambil masa dalam 2 jam pergi dan balik untuk ke Office Public Mutual di JB, ia tidak melemahkan semangat beliau kerana beliau sedar bahawa kejayaan bukan terletak kepada sesiapa tetapi semanangat dan kemahuan sendiri!
Resepi kejayaan beliau ialah melakukannya dengan berterusan tanpa mengenal erti kecewa! Memang dalam business ini ada “rejection” tapi ia adalah lumrah dalam apa-apa business, so beliau terus meneroka pasaran dan sentiasa melakukannya setiap hari, akhirnya beliau berjaya mendapat jualan terkumpul RM500,000 walaupun pada awalnya ia nampak besar, tapi ia boleh di capai asalkan kita bersungguh dan yakin dengan apa yg ada cuba lakukan
Akhir sekali tahniah saya ucapkan kepada Syed Osman kerana berjaya menjadi Agency Supervisor dan sudah mula membentuk groupnya sendiri melalui rekruting!..Teruskan usaha anda, anda boleh lakukannya!
Hubungi Kami untuk maklumat lanjut. Klik di sini…
